Bantuan MyKasih MyKad RM200 2025: Cara Semak Kelayakan & Status Penerima

BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025: CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN ANDA

Kerajaan Malaysia memberikan Bantuan MyKasih MyKad RM200 secara bulanan kepada penerima terpilih sepanjang tahun 2025. Bantuan ini dikreditkan terus melalui MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya terpilih.

Adakah anda layak menerima bantuan ini? Bagaimana cara semak status kelayakan Bantuan MyKasih MyKad RM200 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat terkini

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025

KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025

Penerima Bantuan MyKasih yang bernilai RM200 sebulan dipilih berdasarkan kriteria seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan ketua isi rumah (KIR);
  • Pendapatan isi rumah bawah garis PGK semasa;
  • Berdaftar dengan e-Kasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.

TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025

Tarikh pembayaran Bantuan MyKasih bernilai RM200 sebulan melalui MyKad adalah dijadualkan seperti berikut :

BIL.TARIKH BAYARANJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM100
2.1 Februari 2025RM100
3.1 Mac 2025RM100
4.1 April 2025RM200
5.1 Mei 2025RM200
6.1 Jun 2025RM200
7.1 Julai 2025RM200
8.1 Ogos 2025RM200
9.1 September 2025RM200
10.1 Oktober 2025RM200
11.1 November 2025RM200
12.1 Disember 2025RM200

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025

Ketahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih bernilai RM200 melalui semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAK BAKI BANTUAN MYKASIH MYKAD RM200 2025

Untuk mengetahui baki Bantuan MyKasih yang ada dalam MyKad boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

Leave a Comment