Semakan MyKasih Online Login: 2025 Semakan Status Kelayakan Penerima RM200 / RM100 Setiap Bulan

Semakan MyKasih Online Login: 2025 Semakan Status Kelayakan Penerima RM200 / RM100 Setiap Bulan

Untuk memastikan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah berterusan, Kerajaan Malaysia melaksanakan inisiatif Bantuan MyKasih secara ansuran setiap bulan, bermula dari RM100 hingga RM200 selama tempoh 9 hingga 12 bulan pada tahun 2025. Bantuan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan asas rakyat Malaysia yang layak, disalurkan melalui MyKad atau sistem dalam talian.

Bagaimanakah cara semakan MyKasih online untuk mengetahui status kelayakan anda? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

JUMLAH PENERIMA MYKASIH 2025

Pendekatan Kerajaan MADANI dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia adalah dengan menambah jumlah penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (MyKasih) daripada 700,000 penerima kepada 5.4 juta penerima yang layak bagi sepanjang tahun 2025 ini.

PENERIMA SEDIA ADAPENERIMA BAHARU
Seramai 700,000 individuSeramai 4.7 juta individu
Isi Rumah, Bujang dan
Warga Emas (Tiada Pasangan)
Isi Rumah dan Warga Emas (Tiada
Pasangan)

PAUTAN SEMAKAN MYKASIH LOGIN

Berikut merupakan pautan Portal Rasmi MyKasih yang boleh diakses untuk semakan status :

PORTAL RASMIPAUTAN
MyKasihhttps://mykasih.com.my

SEMAKAN MYKASIH ONLINE LOGIN

Ikuti cara login MyKasih untuk semakan status kelayakan penerima secara online seperti berikut :

  1. Sila layari puatan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI MYKASIH ONLINE

Baki Bantuan MyKasih di dalam MyKad penerima boleh disemak secara online melalui aplikasi MyKasih. Ikuti cara semakan baki seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

TARIKH PELAKSANAAN MYKASIH 2025

Pelaksanaan Bantuan MyKasih adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh berikut :

TARIKH PELAKSANAAN
MYKASIH
(PENERIMA SEDIA ADA)
TARIKH PELAKSANAAN
MYKASIH
(PENERIMA BAHARU)
15/01/2025 (Rabu)
01/02/2025 (Sabtu)
01/03/2025 (Sabtu)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)
01/04/2025 (Selasa)
01/05/2025 (Khamis)
01/06/2025 (Ahad)
01/07/2025 (Selasa)
01/08/2025 (Jumaat)
01/09/2025 (Isnin)
01/10/2025 (Rabu)
01/11/2025 (Sabtu)
01/12/2025 (Isnin)

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

  • Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN MYKASIH
Isi RumahRM100 / RM200 setiap bulan
Warga EmasRM100 / RM150 setiap bulan
BujangRM50 setiap bulan
  • Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN MYKASIH
Isi RumahRM100 setiap bulan
Warga EmasRM50 setiap bulan
Bujang

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.