MyKasih Online 2025: Semakan Status Bantuan Layak (RM600, RM900 & RM2100)

MyKasih Online 2025: Semak Kelayakan Bantuan Anda Sekarang
Kerajaan Malaysia terus komited membantu golongan rentan dan mudah terjejas melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih. Bantuan ini menyediakan sokongan bulanan berjumlah RM600, RM900, atau RM2100 untuk memastikan keperluan asas penerima dipenuhi dengan lebih efektif.

Ingin menyemak kelayakan bantuan MyKasih 2025 secara online? Teruskan membaca untuk panduan lengkap dan maklumat terkini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYKASIH ONLINE

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

SYARAT LULUS SEMAKAN BANTUAN MYKASIH ONLINE

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKASIH SECARA ONLINE

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar:
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN BANTUAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Penerima Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

JUMLAH LULUS BANTUAN MYKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 2,100RM100 sebulan
(*Januari – Mac)

RM 200 sebulan
(*April – Disember)
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 1,650RM100 sebulan
(*Januari – Mac)

RM 150 sebulan
(*April – Disember)
Bujang
(Setiap Individu)
RM 600RM50 sebulan
(*Januari – Mac)

RM 50 sebulan
(*April – Disember)
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMAJUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)AMAUN AGIHAN BULANAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 900RM 100 sebulan
(*April – Disember)
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 450RM50 sebulan
(*April – Disember)
Bujang
(Setiap Individu)

JADUAL TARIKH SEMAKAN PENGAGIHAN BANTUAN MYKASIH ONLINE

Pengagihan bantuan SARA MYKASIH seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2025 (Rabu)
Penerima Bantuan STR Sahaja
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

KATEGORI BARANGAN MYKASIH 2025

Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan dan berlabel MyKasih seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
    Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
    Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  3. Imbas Kod Barangan
    Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  4. Bayar Menggunakan MyKad
    Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  5. Simpan Resit Untuk Semakan
    Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara