Bantuan MyKasih 2025 disalurkan kepada penerima di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, melalui sistem pembayaran tanpa tunai (cashless) menggunakan kad pengenalan. Inisiatif ini memastikan tiada penerima yang tercicir daripada menerima bantuan bernilai RM200, RM100, atau RM50 setiap bulan.
Bagaimana cara untuk membuat semakan status MyKasih? Ketahui panduan lengkap semakan dan syarat kelayakan di sini.

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM2100
JUMLAH BANTUAN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025
Jumlah Bantuan MyKasih yang dibayar kepada penerima adalah sebanyak :
- Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100/RM200 setiap bulan |
Warga Emas | RM100/RM150 setiap bulan |
Bujang | RM50 setiap bulan |
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah | RM100 setiap bulan |
Warga Emas | RM50 setiap bulan |
Bujang | – |
MENFAAT BANTUAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan antara manfaat Bantuan MyKasih :
- Dikreditkan secara automatik ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan.
- Boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.
- Penerima tidak perlu membuat pengeluaran tunai untuk pembelian barangan keperluan.
- Sekiranya bantuan tidak habis digunakan, baki akan dibawa ke bulan seterusnya dan boleh digunakan pada bulan semasa.
- Sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025
Terdapat dua (2) panduan semakan status kelayakan MyKasih, ikuti kedua-dua panduan berikut :
- Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Status Di Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JADUAL BAYARAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih adalah dijadualkan seperti berikut :
PENERIMA STATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA STATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.