MySalam 2025 Semakan: Semak Status Kelayakan Penerima & Bantuan
Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma di bawah Tabung Amanah MySalam diteruskan pada tahun 2025 bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Penerima layak menuntut perlindungan untuk lebih dari 45 jenis penyakit kritikal dan bil hospitalisasi, dengan tempoh rawatan antara sehari hingga 14 hari.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan penerima MySalam 2025? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/e-wallet-200-2025/
PENGENALAN MYSALAM 2025
MySalam diperkenalkan sebagai sebuah inisiatif Skim Takaful Perlindungan Kesihatan yang percuma khususnya kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang didiagnosis dengan salah satu daripada 45 penyakit kritikal layak menerima manfaat skim Pelindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.
Kerajaan telah memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful MySalam sejak Januari 2019 yang pada awalnya diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan rendah (B40) dan Kerajaan Madani bersetuju untuk memperluaskan Skim MySalam meliputi penyakit jarang jumpa dan Rheumatoid Arthritis.
TUJUAN PELAKSANAAN MYSALAM 2025
Antara tujuan pelaksanaan MySalam adalah kerana kerajaan ingin menyediakan sebuah skim perlindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang menghidapi penyakit-penyakit kritikal supaya rakyat menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.
JENIS MANFAAT MYSALAM 2025
Berikut merupakan jenis-jenis manfaat Skim MySalam yang boleh dituntut :
- Menyediakan Perlindungan Penyakit Kritikal :
- Penerima MySalam yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan, Hospital Universiti, atau Hospital Angkatan Tentera, LAYAK untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM50 sehari (Terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun).
- Menyediakan Perlindungan Hospitalisasi (Ward) :
- Penerima MySalam yang disahkan menghidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di MySalam boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 daripada MySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali dalam seumur hidup.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYSALAM 2025
Syarat-syarat kelayakan penerima Skim MySalam yang ditetapkan adalah :
- Merupakan Penerima Bantuan Khas Kerajaan seperti :
- Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Menepati Kategori Umur seperti :
- Berkahwin : Ketua keluarga dan pasangan berumur antara 18 sehingga 65 tahun.
- Bujang : Individu bujang berumur antara 21 sehingga 65 tahun.
- OKU : Individu yang berumur antara 18 sehingga 65 tahun.
*Nota : Bagi individu yang menepati syarat-syarat di atas akan layak menerima Skim MySalam secara automatik.
KAEDAH MYSALAM 2025 SEMAKAN
Terdapat dua (2) kaedah semakan kelayakan Skim Perlindungan MySalam, iaitu :
- Secara Atas Talian (Online) melalui laman rasmi MySalam; atau
- Melalui kiriman Pesanan Ringkas (SMS) ke nombor telefon yang dikemaskini dalam permohonan bantuan kerajaan (STR/BR1M/BSH/BPR/BKM).
PANDUAN MYSALAM 2025 SEMAKAN ONLINE
Ikuti panduan semakan kelayakan sebagai penerima Skim MySalam melalui laman rasmi seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi mySalam di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal mySalam akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bawah, pergi ke bahagian kanan di ruangan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Seterusnya, klik [Semak].
- Jika anda LAYAK maklumat akan dipaparkan:
- “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
- Selesai.
TARIKH TUNTUTAN MYSALAM 2025
Rakyat Malaysia boleh mula membuat semakan dan tuntutan Skim MySalam bermula pada tarikh berikut :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Skim Perlindungan MySalam | 8 Februari 2025 |
CARA TUNTUT MYSALAM BAGI PENYAKIT KRITIKAL
Berikut merupakan panduan cara tuntut Skim MySalam bagi penyakit kritikal :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
CARA TUNTUT MYSALAM BAGI HOSPITALISASI
Bagi tuntutan Perlindungan Hospitalisasi (Ward) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan.
- Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
- Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
- Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
- Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
- Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
- Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
- Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- E-mel : [email protected]; atau
- Hubungi talian MySalam : 1 300 888 938
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.