Program MySARA 2025 merupakan inisiatif Bantuan Bersasar Kerajaan Madani melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah ditambahbaik untuk memastikan golongan B40 dan memerlukan terus menerima barangan keperluan harian. Bantuan ini dikreditkan secara automatik ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan di kedai serta pasaraya terpilih.
Nak tahu anda layak atau tidak menerima MySARA 2025? Ikuti panduan semakan status bantuan SARA di bawah untuk mengetahui kelayakan dan maklumat terkini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025
SYARAT LULUS SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA MYSARA 2025
Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
PENERIMA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA) | PENERIMA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA) |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Kategori Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
SEMAKAN AMAUN KELAYAKAN BANTUAN SARA 2025
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 2,100 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM200/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 1,650 | RM100/bulan (bermula Januari – Mac) RM150/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang | RM 600 | RM50/bulan (bermula Januari – Disember) |
PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH | JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM) | AMAUN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi Rumah | RM 900 | RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM 450 | RM50/bulan (bermula April – Disember) |
PENGKREDITAN BANTUAN MYSARA KEPADA PENERIMA
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad. |
CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN MYSARA 2025 DALAM MYKAD
Baki duit Bantuan Dalam MyKad boleh dilakukan melalui tiga (3) kaedah seperti berikut:
- Aplikasi Touch ‘n Go eWallet; atau
- Mesin Kiosk Touch ‘n Go; atau
- Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak atau Kedai Serbaneka.
SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN MYSARA 2025 ONLINE
Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara