mySARA Check 2025: Semakan Kelayakan Bantuan & Status Penerima Terkini

mySARA Check 2025: Semakan Kelayakan Bantuan & Status Penerima Terkini

Kerajaan MADANI telah mengumumkan bahawa inisiatif Bantuan mySARA 2025 akan diteruskan selama 12 bulan bermula Januari hingga Disember 2025 bagi membantu golongan layak menerima bantuan kewangan secara berperingkat.

Adakah anda layak menerima bantuan ini? Semak status kelayakan mySARA 2025 anda dengan panduan dan info lengkap yang dikongsikan di bawah. Ketahui cara semakan, syarat kelayakan, dan tarikh bayaran bantuan terkini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYSARA CHECK 2025

BACA JUGA : Semakan Status MyKasih SARA 2025

TARIKH KREDIT MYSARA TERBARU 2025

Berikut merupakan tarikh pengkreditan mySARA yang terbaru :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT MYSARA
Penerima Miskin dan Miskin Tegar1 April 2025 (Selasa)
Penerima Asas Bukan Miskin1 April 2025 (Selasa)

AMAUN KREDIT MYSARA TERBARU 2025

Pada 1 April 2025 (Selasa), Bantuan mySARA dikreditkan dengan amaun berikut :

  • Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMAAMAUN KREDIT MYSARA
BujangRM200
Isi RumahRM50
Warga EmasRM150
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMAAMAUN KREDIT MYSARA
Isi RumahRM100
Warga EmasRM50

MYSARA CHECK 2025

Ikuti cara check status kelayakan penerima mySARA seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi mySARA.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

CARA KREDIT MYSARA 2025

Pengkreditan Bantuan mySARA adalah secara tanpa tunai (cashless) menerusi akaun kad pengenalan (IC) penerima yang layak dan penerima boleh menggunakan Bantuan mySARA untuk pembelian barangan keperluan asas dengan hanya kad pengenalan (IC) sahaja.

CHECK BAKI MYSARA 2025

Ikuti cara check baki Bantuan mySARA dalam Kad Pengenalan (IC) penerima :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.