MySARA Check 2025 kini boleh dibuat secara online! Pengagihan bantuan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah bermula sejak 15 Januari 2025 bagi penerima sedia ada, dan fasa kedua bermula pada 1 April 2025 untuk penerima baharu serta sedia ada yang layak. Bantuan ini diagihkan melalui MyKad dan digunakan untuk pembelian barangan asas di pasaraya terpilih.
Nak tahu cara semakan status kelayakan MySARA 2025? Rujuk panduan lengkap dan info penting di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025
APA ITU MYSARA 2025
MySARA yang diperkenalkan sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan bantuan tambahan bersasar yang disalurkan kepada rakyat dewasa Malaysia melalui kad pengenalan khas untuk menampung kos perbelanjaan barangan asas bulanan.
BILANGAN PENERIMA MYSARA 2025
Penerima yang layak menerima Bantuan MySARA adalah seramai :
BILANGAN PENERIMA SEDIA ADA | BILANGAN PENERIMA BAHARU |
---|---|
0.7 juta penerima | 4.7 juta penerima |
*Gabungan penerima sedia ada dan penerima baharu menjadikan keseluruhan bilangan penerima yang layak Bantuan MySARA adalah seramai 5.4 juta.
TARIKH AGIHAN MYSARA CHECK 2025
Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan MySARA bagi sepanjang tahun 2025 :
TARIKH AGIHAN MYSARA PENERIMA SEDIA ADA | TARIKH AGIHAN MYSARA PENERIMA BAHARU |
---|---|
15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) |
PANDUAN MYSARA CHECK 2025
Kelayakan sebagai penerima Bantuan MySARA boleh dicek melalui pautan berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
NILAI AGIHAN MYSARA CHECK 2025
Agihan Bantuan MySARA kepada setiap penerima adalah bernilai sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | NILAI AGIHAN MYSARA SETIAP BULAN (PENERIMA SEDIA ADA) | NILAI AGIHAN MYSARA SETIAP BULAN (PENERIMA BAHARU) |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100/ RM200 | RM100 |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM100/RM150 | RM50 |
BUJANG | RM50 | – |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MySARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.