MySTR Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini
Menurut Siaran Media Kementerian Kewangan (MOF), peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 tahun 2025 telah ditingkatkan kepada RM1.7 bilion, berbanding RM1.5 bilion tahun sebelumnya. Bantuan ini akan memanfaatkan seramai 8.5 juta rakyat Malaysia, khususnya golongan yang layak menerima bantuan tunai.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status penerima bayaran MySTR Fasa 2 2025 di portal rasmi? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/pengeluaran-kwsp-syarat/
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYSTR FASA 2 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
TARIKH MASUK DUIT BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:
FASA STR | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Fasa 2 | Pembayaran STR Fasa 2 akan diagihkan secara berperingkat bermula 24 Mac 2025 (Isnin) |
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | RM 150 hingga RM 650 (mengikut kelayakan penerima) |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | RM 100 hingga RM 300 (mengikut kelayakan penerima) |
Warga emas tiada pasangan | RM 150 |
Bujang | RM 150 |
PORTAL SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN FASA 2
Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
FUNGSI PORTAL MYSTR
Portal MySTR adalah ini berfungsi sebagai:
- Permohonan Baharu
- Kemas Kini Permohonan
- Permohonan Rayuan
- Perubahan Maklumat Asas Permohonan
- Semakan Status Permohonan [lulus atau tidak]
- Cetakan Permohonan
- Tukar Kata Laluan
- Maklum Balas – Peti Mel
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN FASA 2 DI PORTAL MYSTR
Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan dan klik [Ya] jika betul.
- Masukkan kata laluan yang didaftarkan dengan betul.
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN PORTAL MYSTR
Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal yang didaftarkan, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Masukkan No. MyKad seperti biasa
- Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
- Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
- Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
- Klik butang [Seterusnya]
- Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
- Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
- Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
- Klik butang [Seterusnya]
- Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
- Klik butang [Tukar Kata Laluan]
- Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya.
- Selesai.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN FASA 2 2025
Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:
JENIS PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR |
---|---|
Penerima yang mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan. |
Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. |
RUJUKAN
ebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf