Penstrukturan semula Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini membahagikan simpanan kepada tiga akaun utama: Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera, dan Akaun Fleksibel. Setiap akaun mempunyai fungsi tersendiri, membolehkan ahli mengurus simpanan mereka untuk keperluan jangka panjang dan pendek.
Bagaimanakah cara membuat semakan pengeluaran KWSP 2025? Semak syarat kelayakan dan panduan lengkap di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
JENIS AKAUN SIMPANAN KWSP TERKINI 2025
Terdapat tiga (3) jenis akaun simpanan KWSP yang terkini, iaitu :
- Persaraan Akaun 1 :
- 75% simpanan boleh dikeluarkan selepas umur ahli 55 tahun.
- Sejahtera Akaun 2 :
- 15% simpanan oleh dikeluarkan untuk Perumahan, Pendidikan, Kesihatan, Perlindungan Insurans, dan Haji.
- Fleksibel Akaun 3 :
- 10% simpanan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa bagi kecemasan dan keperluan mendesak tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
SYARAT PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2025
Untuk pengeluaran simpanan KWSP hanya boleh dilakukan oleh ahli yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 1 (Persaraan) :
- Berumur di antara 55 hingga 60 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Persaraan.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 2 (Sejahtera) :
- Berumur di antara 50 hingga 54 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Sejahtera.
- Kelayakan Pengeluaran KWSP Akaun 3 (Fleksibel) :
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam akaun Fleksibel;
- Had pengeluaran tidak kurang daripada RM50.
PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2025 SEMAKAN
Bagi ahli yang telah melakukan permohonan pengeluaran wang simpanan KWSP, kini boleh mengetahui status kelulusan hanya melalui atas talian (online) mengikut panduan berikut :
- Sila log masuk ke dalam aplikasi i-Akaun KWSP.
- Halaman utama akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Pengeluaran] di bahagian bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada bahagian [Rekod Pengeluaran].
- Status kelulusan pengeluaran simpanan KWSP akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI 2025
Terkini, pengeluaran simpanan KWSP yang terkini boleh melalui dua (2) kaedah, iaitu :
- Secara atas talian (online) melalui aplikasi i-Akaun / Portal Rasmi KWSP i-Akaun; atau
- Secara manual di kaunter cawangan KWSP seluruh Malaysia bagi ahli Bukan Warganegara Malaysia yang tidak boleh mengakses aplikasi i-Akaun.
CARA PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI DARI AKAUN 1
Bagi ahli yang telah memenuhi kelayakan yang ditetapkan untuk membuat pengeluaran simpanan daripada akaun 1, ikuti cara pengeluaran seperti berikut :
- Sila log masuk ke i-Akaun di aplikasi dalam telefon bimbit anda; atau klik pautan web rasmi KWSP di sini : https://www.kwsp.gov.my/en/.
- Pilih [Akaun 1 (Persaraan)].
- Isi borang permohonan pengeluaran KWSP dengan lengkap dan tepat.
- Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti salinan MyKad dan sebagainya.
- Klik [Hantar Permohonan Pengeluaran Akaun Persaraan] secara online.
- Selesai.
*NOTA : ahli disarankan untuk membuat pengeluaran secara manual dengan mengunjungi cawangan KWSP terdekat untuk pengeluaran akaun 1.
CARA-CARA PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI DARI AKAUN 2
Ikuti cara pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 2 seperti berikut :
- Pembelian Rumah :
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Log masuk ke i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran > Perumahan].
- Ikuti arahan yang ditetapkan dan muat naik dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
- Untuk membeli rumah pertama atau kedua (boleh digunakan untuk membayar deposit atau mengurangkan pinjaman perumahan). Ikuti panduan pengeluaran seperti berikut :
- Pendidikan :
- Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Sila log masuk kei-Akaun KWSP.
- Klik bahagian menu [Pengeluaran > Pendidikan].
- Isikan permohonan dengan lengkap dan tepat.
- Sertakan bersama dokumen yang diperlukan seperti :
- Surat tawaran pengajian; dan
- Resit bayaran yuran.
- Selesai.
- Untuk bayar yuran pengajian diri sendiri atau anak di institusi yang diiktiraf. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Kesihatan :
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Log Masuk padai-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Kesihatan].
- Muat naik dokumen seperti :
- Laporan perubatan; dan
- Bil rawatan.
- Selesai.
- Bagi membayar kos rawatan penyakit kritikal atau peralatan perubatan. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- Umur 50 tahun :
- Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- kunjungi kaunter KWSP; atau log masuki-Akaun KWSP.
- Pilih [Pengeluaran > Umur 50 tahun].
- Isikan borang pengeluaran dengan lengkap.
- Sertakan bersama salinan IC.
- Selesai.
- Ahli yang berumur 50 tahun boleh mengeluarkan sebahagian atau keseluruhan simpanan Akaun 2 sebelum mencapai umur 55 tahun. Ikuti panduan pengeluaran berikut :
- i-Sayang & i-Lindung :
- Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
- Kunjungi kaunter cawangan KWSP terdekat atau melalui aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pindahan caruman KWSP 2% kepada akaun pasangan (i-Sayang) dan guna untuk beli insurans hayat dan kesihatan sebanyak 2% (i-Lindung).
CARA PENGELUARAN DUIT KWSP TERKINI DARI AKAUN 3
Ikuti panduan cara pengeluaran simpanan KWSP daripada akaun 3 seperti berikut :
- Log masuk ke aplikasi i-Akaun KWSP.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*NOTA : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.