Mulai 2025, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang layak boleh mengeluarkan sehingga 10% daripada simpanan mereka pada bila-bila masa, tanpa perlu menunggu usia persaraan. Pengeluaran minimum bermula dari RM50, membolehkan ahli menggunakan simpanan untuk keperluan semasa.
Bagaimana cara membuat pengeluaran KWSP setiap masa? Ikuti panduan lengkap di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025
JENIS PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2025
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menstruktur semula akaun ahli yang membahagi kepada tiga (3) iaitu Akaun Persaraan (mempunyai simpanan 75%), Akaun Sejahtera (mempunyai simpanan 15%) dan Akaun Fleksibel (mempunyai simpanan 10%).
Akaun KWSP yang membolehkan ahli untuk melakukan pengeluaran pada bila-bila masa adalah Akaun Fleksibel iaitu Akaun 3 yang menyediakan keperluan kewangan jangka masa pendek dan kecemasan.
SYARAT PENGELUARAN SETIAP MASA 2025
Untuk pengeluaran KWSP pada bila-bila masa, ahli perlukan memenuhi syarat-syarat seperti berikut :
- Warganegara atau Bukan Warganegara;
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3);
- Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50.
KAEDAH BAYARAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 2025
Bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel (3) adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli seperti berikut :
- Akaun bank (Simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
- Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama / syarikat).
CARA PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2025
Terdapat dua (2) cara Pengeluaran KWSP akaun 3 pada bila-bila masa, iaitu :
- Melalui Portal Web i-Akaun (Ahli) / aplikasi KWSP i-Akaun; atau
- Melalui kaunter Pejabat KWSP terdekat (bagi ahli yang bukan Warganegara).
Ikuti panduan pengeluaran KWSP dari akaun 3 secara online melalui aplikasi KWSP i-Akaun seperti berikut :
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Setelah permohonan diluluskan, wang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
DOKUMEN SOKONGAN
Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan untuk pengeluaran akaun fleksibel. Namun, ahli perlu memastikan akaun bank berstatus aktif bagi memastikan proses bayaran berjalan dengan lancar.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.