Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
Permohonan MyKasih 2025 Secara Online
Kerajaan telah memperkasa program MyKasih sebagai inisiatif bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang paling terkesan dengan tekanan kos sara hidup. Bantuan ini akan disalurkan secara ansuran sepanjang tahun bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi golongan memerlukan.
Cara Daftar & Mohon MyKasih Online
Bagaimana cara membuat permohonan MyKasih 2025 secara online? Dapatkan panduan lengkap dan info lebih lanjut di sini untuk memastikan anda tidak terlepas peluang menerima bantuan.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025/
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN MYKASIH
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon MyKasih :
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Warganegara Malaysia;
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
PERMOHONAN MYKASIH
Ikuti cara memohon bantuan MyKasih secara online di pautan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi Permohonan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Kemudian, klik butang [Permohonan Baharu].
- Lengkapkan segala maklumat pemohon yang diperlukan dengan betul.
- Klik butang [TERUSKAN] setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang [Sahkan Captcha].
- Sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan sila tick [/] bahagian pengesahan.
- Klik butang [Hantar] bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, anda akan dipaparkan ‘Permohonan telah berjaya dihantar’.
- Selesai.
*Berdasarkan soalan lazim untuk menerima Bantuan MyKasih, pemohon mestilah membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mendaftar dengan e-Kasih.
PERMOHONAN MYKASIH MANUAL
Individu / orang awam boleh memohon atau mendaftar e-Kasih melalui cara berikut :
- Hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan; atau
- Melalui telefon; atau
- Surat; atau
- e-mel rasmi; atau
- Membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP).
KADAR BANTUAN MYKASIH
Bantuan MyKasih 2024 akan diberikan mengikut kadar bagi setiap kategori penerima seperti berikut :
MISKIN TEGAR | MISKIN SERDEHANA | BUKAN MISKIN |
---|---|---|
Isi Rumah : RM1,200 | Isi Rumah : RM1,200 | Isi Rumah : RM300 |
Warga Emas : RM1,200 | Warga Emas : RM1,200 | Warga Emas : RM150 |
Bujang : RM600 | Bujang : RM600 | Bujang : RM150 |
CARA PEMBERIAN BANTUAN MYKASIH
Pemberian Bantuan MyKasih adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
- Secara tanpa tunai melalui akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan (Penerima Semenanjung Malaysia); atau
- Secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pengkreditan ke dalam akaun bank (Penerima Sabah dan Sarawak).
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Laman MyKasih : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.