Kerajaan Negeri Sarawak terus komited dalam membantu rakyat mengatasi cabaran kos sara hidup, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sehubungan itu, Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2025 telah diperuntukkan dengan dana sebanyak RM450 juta bagi membantu mereka yang layak menerima bantuan sebanyak RM800, RM400, dan RM250.
Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan SKAS secara online? Ikuti panduan lengkap dan syarat kelayakan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU SKAS 2025
SKAS atau rasminya Sumbangan Keperluan Asas Sarawak adalah merupakan bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah melalui baucar digital, yang boleh diakses melalui Aplikasi S Pay Global (e-Dompet) untuk pembelian barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya.
TARIKH PERMOHONAN DAN PENERIMAAN SKAS 2025
Penerimaan pertama (1) Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah bermula pada 18 Februari 2025, Selasa khas kepada 886,288 rakyat Sarawak yang telah berjaya memohon. Bagaimanapun, bagi yang tidak tersenarai tetapi memenuhi syarat kelayakan, boleh mengemukakan permohonan bermula pada 1 Februari 2025 sehingga 1 Jun 2025 untuk penerimaan seterusnya.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKAS 2025
Bantuan SKAS adalah khas kepada individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Kriteria Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah :
JUMLAH BAYARAN SKAS 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2025 adalah mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SKAS 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM800 |
BUJANG | RM250 |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan & Tiada Anak) | RM400 |
PANDUAN PERMOHONAN SKAS 2025 ONLINE
Rakyat Sarawak yang berkelayakan dan belum mengemukakan permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dan pendaftaran S Pay Global tidak perlu risau kerana permohonan dan pendaftaran adalah dibuka sepanjang tahun.
Ikuti panduan permohonan Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) secara online seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak di pautan ini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.
- Kemudian, klik pada butang [Apply Online] di bawah.
- Klik pada butang [Sarawak ID Login].
- Masukkan [Sarawak ID] anda dengan betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
- Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply].
- Selesai.
Seterusnya, ikuti panduan cara pendaftaran S Pay Global :
- Muat turun aplikasi S Pay Global di dalam Apps Store / Google Play.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi S Pay Global.
- Klik pada butang [Register Now].
- Pilih kewarganegaraan anda [Malaysian] atau [Other].
- Masukkan segala maklumat yang diperlukan.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Untuk pengesahan akaun, tangkap gambar kad pengenalan anda depan dan belakang.
- Kemudian, untuk eKYC letakkan muka anda di bahagian tengah bulatan dan tekan untuk rekod.
- Nombor pengesahan akan dihantar kepada nombor yang anda daftarkan.
- Selesai.
KADAR IMPLIKASI DAN BILANGAN PENERIMA SKAS 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang pertama (1) akan melibatkan kadar implikasi mengikut bilangan penerima yang layak seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN | BILANGAN PENERIMA | KADAR IMPLIKASI (RM) |
---|---|---|
ISI RUMAH | 410,529 penerima | RM328.4 juta |
BUJANG | 361,295 penerima | RM90.3 juta |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan & Tiada Anak) | 114,464 penerima | RM45.8 juta |
*Ini menjadikan nilai keseluruhan Bantuan SKAS berjumlah RM464.5 juta, tidak termasuk bagi yang akan mengemukakan permohonan nanti.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SKAS, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talikhidmat : 082-555 999
- Alamat e-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.