PSKR 2025: SEMAKAN STATUS LAYAK PENERIMA BAYARAN BANTUAN SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH (RM900

Terkini! Kerajaan Negeri Sabah telah melaksanakan pembayaran pertama Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) 2025 dengan peruntukan RM358.5 juta. Setiap penerima yang layak akan menerima RM300 setiap bulan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Semakan status kelayakan penerima bayaran PSKR 2025 kini boleh dibuat secara dalam talian. Ikuti panduan lengkap dan info terkini mengenai semakan status kelayakan PSKR di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

PSKR 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU PSKR

PSKR adalah singkatan daripada Program Sentuhan Kasih Rakyat yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sabah khas untuk disalurkan kepada rakyat Sabah yang merupakan golongan miskin dan miskin tegar bertujuan untuk meringankan bebanan kewangan yang dihadapi akibat peningkatan kos sara hidup.

TARIKH PENERIMAAN BAYARAN PSKR

Seramai 100,000 ribu rakyat Sabah yang melepasi status kelayakan telah mula menerima bayaran pertama (1) Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) yang bermula pada 17 Februari 2025, Isnin dengan kadar bantuan sebanyak RM900 yang dibayar untuk selama 3 bulan terus dan seterusnya sebanyak RM300 setiap bulan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN PSKR 2025

Pembayaran Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah khas untuk penerima yang memenuhi syarat kelayakan berikut :

  • Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
  • Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah berstatus ‘H’.
  • Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
  • Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
  • E-Kasih : Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sebagai penerima miskin dan miskin tegar.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN PSKR 2025

Oleh kerana pemberian Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) khas untuk golongan miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih, semakan boleh dilakukan melalui pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

MANFAAT PELAKSANAAN PSKR 2025

Antara manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) adalah :

  • Meringankan Beban Kewangan
    • Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian.
  • Meningkatkan Taraf Hidup
    • Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak mereka.
  • Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin
    • Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan PSKR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.