Kerajaan telah mengumumkan bayaran rasmi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi tahun 2025, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Hampir 60% rakyat dewasa yang layak bakal menerima bantuan ini bagi meringankan beban kos sara hidup.
Bagaimanakah cara menyemak status bayaran STR Fasa 2 2025? Semak kelayakan dan maklumat lengkap di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
RASMI BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN
Kementerian Kewangan (MOF) secara rasminya telah mengumumkan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmh (STR) Fasa 2 adalah sebelum perayaan Aidilfitri iaitu bermula pada 24 Mac 2025 (Isnin) dan berperingkat sehingga 27 Mac 2025 (Khamis).
KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah bergantung kepada kategori setiap penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
- Berpasangan (ada / tiada anak) atau Tunggal (ada anak).
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM150 1 – 2 anak : RM300 3 – 4 anak : RM500 5 anak ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM100 1 – 2 anak : RM200 3 – 4 anak : RM250 5 anak ke atas : RM300 |
- Kategori Bujang :
- Belum berkahwin / balu / duda / janda tiada anak :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR BAYARAN STR FASA 2 |
---|---|
Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Umur 60 tahun dan ke atas | RM150 |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah melalui dua (2) kaedah, iaitu secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Berikut merupakan panduan semakan status kelayakan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada pautan di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :