Semakan Ekasih 2024: Status Sara Bukan Ekasih (One-Off RM300/RM150)

Berita Terkini! Pengkreditan bayaran bantuan tunai tambahan telah mula disalurkan pada 9 Disember 2024 (Isnin) ke dalam akaun bank penerima yang layak. Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, tuntutan boleh dilakukan secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Bagi yang masih belum membuat semakan kelayakan dan pengesahan kemasukan bayaran, anda kini boleh melakukannya di Portal MySTR secara online.

Bagaimanakah cara semakan status Sara Bukan Ekasih 2024 (One-Off)? Ikuti panduan dan info lengkap di bawah.

BACA JUGA : Semakan MyKid 2025: Cara Semak Status Permohonan MyKid Online

APA ITU SARA ONE OFF

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) one-off ialah BANTUAN KHAS oleh Kerajaan Madani kepada semua penerima bantuan STR 2024 (berstatus BUKAN Miskin/Miskin Tegar), dan penerima akan menerima bantuan ini secara langsung TANPA perlu melakukan permohonan.

Bantuan akan diagihkan sekaligus bayaran sebanyak RM300/RM150 mengikut kategori kelayakan masing-masing (Isi rumah/Warga emas tiada pasangan/Bujang), mengikut kaedah penyaluran bantuan STR iaitu secara TUNAI kedalam akaun bank penerima mengikut maklumat pendaftaran di MySTR.

Sementara itu, bagi penerima STR yang TERDIRI daripada golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih pula, akan menerima bantuan SARA bulanan seperti biasa yang disalurkan kedalam MyKad untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di Kedai Runcit MyKasih, sepanjang tahun.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA BUKAN EKASIH (ONE OFF)

Anda layak menerima bantuan sara one off 2024 jika kelayakan anda seperti berikut:

  • LULUS dan merupakan PENERIMA bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024.
  • Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
  • Berstatus BUKAN daripada Kumpulan Miskin dan Miskin Tegar eKasih.

CARA MOHON BANTUAN SARA ONE OFF

Bantuan tunai tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2024 tidak memerlukan sebarang permohonan. Hal ini kerana bantuan ini merupakan Bantuan Kerjaan Madani khusus kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024, yang bukan dalam Kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.

Ini bermakna, semua penerima STR 2024 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) layak menerima bantuan SARA One-Off secara automatik tanpa perlu membuat permohonan.

Bagi semakan status pembayaran dan kelulusan bantuan SARA one off, anda boleh menggunakan kaedah semakan yang sama seperti untuk STR.

TARIKH SEMAKAN STATUS BAYARAN SARA BUKAN EKASIH 2024

Untuk makluman anda, bantuan one off ini telah diagihkan bermula pada 9 Disember 2024 (Isnin), dan pengagihan akan dilakukan secara berperingkat.

Untuk semakan status kelayakan, dan semakan kemasukan bayaran, anda boleh dilakukan mulai tarikh tersebut melalui Portal Rasmi MySTR.

SEMAKAN STATUS SARA BUKAN EKASIH 2024 DI PORTAL MYSTR

Panduan lengkap semakan status bayaran SARA ONE OFF 2024 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  3. Klik butang [Log Masuk].
  4. Seterusnya, klik [Semak].
  5. Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  7. Masukkan kata laluan yang betul.
  8. Klik butang [Log Masuk].
  9. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
  11. Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
  12. Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
  13. Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
  14. Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
  15. Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
  16. Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
  17. Selesai.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA BUKAN EKASIH (ONE OFF)

Kadar bayaran adalah sekali bayaran dan mengikut kategori yang telah ditetapkan sepertimana bantuan STR 2024:

KATEGORI PENERIMA BANTUAN STR
(BUKAN MISKIN/MISKIN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi Rumah
(Ketua keluarga)
RM 300
Warga Emas Tiada Pasangan
(60 Tahun Keatas)
RM 150
Bujang (21 hingga 59 tahun)RM 150

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan SARA ONE OFF ini adalah sama seperti STR iaitu :

  • Penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif :
    Pengkreditan secara langsung ke akaun bank penerima yang berdaftar STR.
  • Bagi penerima tanpa akaun bank / ‘Gagal kredit’:
    Wang boleh dituntut secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.

Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.