SARA 2025: Semakan Kelayakan & Check Status Penerima Online
Sumbangan Bantuan SARA 2025 diberikan secara berperingkat melalui akaun yang dihubungkan dengan MyKad penerima, membolehkan bantuan digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan, dan barangan persekolahan.
Bagaimana cara SARA check status kelayakan sebagai penerima? Ikuti panduan lengkap di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan MyKasih 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus
STATUS KELAYAKAN SARA 2025
Terdapat dua (2) status kelayakan penerima Sumbangan Bantuan SARA, iaitu :
- SARA e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SARA CHECK STATUS 2025
Ketahui status anda melalui semakan di pautan berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH SUMBANGAN SARA MENGIKUT STATUS 2025
Jumlah Sumbangan Bantuan SARA adalah bergantung pada status penerima seperti berikut :
PENERIMA BERSTATUS E-KASIH | PENERIMA BERSTATUS BUKAN E-KASIH |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 BUJANG : RM600 WARGA EMAS : RM1,650 | ISI RUMAH : RM900 BUJANG : – WARGA EMAS : RM450 |
TARIKH SUMBANGAN SARA 2025
Berikut merupakan tarikh sumbangan Bantuan SARA mengikut status penerima :
PENERIMA BERSTATUS E-KASIH | PENERIMA BERSTATUS BUKAN E-KASIH |
---|---|
Selama 12 bulan : 15/01/2025 01/02/2025 01/03/2025 01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 | Selama 9 bulan : 01/04/2025 01/05/2025 01/06/2025 01/07/2025 01/08/2025 01/09/2025 01/10/2025 01/11/2025 01/12/2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.