SARA eKasih Semakan 2025: Cek Kelayakan Penerima (RM2100, RM1200, RM900, RM600)
Bagi memastikan lebih ramai rakyat menerima bantuan yang sewajarnya, penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 akan diperluaskan kepada lebih 5.4 juta penerima, berbanding hanya 0.7 juta penerima pada tahun sebelumnya. Langkah ini bertujuan memberi sokongan lebih besar kepada golongan yang memerlukan melalui peningkatan nilai bantuan.
Ingin tahu bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan SARA eKasih? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/kemaskini-str-2025-online/
KADAR PENYALURAN SARA EKASIH
Bantuan SARA akan disalurkan mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- Penerima SARA eKasih :
- Isi Rumah : RM2,100 setahun;
- Bujang : RM600 setahun;
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,650 setahun.
- Penerima SARA Bukan eKasih :
- Isi Rumah : RM900 setahun;
- Warga Emas Tiada Pasangan : RM450 setahun.
TARIKH PENYALURAN SARA EKASIH
Penyaluran Bantuan SARA adalah secara ansur bersasar setiap bulan bagi sepanjang tahun 2025 mengikut tarikh seperti berikut :
- 15 Januari 2025 (SARA eKasih).
- Februari 2025 (SARA eKasih).
- Mac 2025 (SARA eKasih).
- April 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- Mei 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- Jun 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- Julai 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- Ogos 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- September 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- Oktober 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- November 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
- Disember 2025 (SARA eKasih & Bukan eKasih).
KRITERIA KELAYAKAN SARA EKASIH
Kelayakan penerima Bantuan SARA terbahagi kepada dua (2) kriteria seperti berikut :
- SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- SARA Asas Bukan Miskin STR :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SARA EKASIH SEMAKAN
Untuk mengetahui anda tersenarai dalam rekod data eKasih atau tidak, sila semak pendaftaran eKasih dahulu mengikut panduan berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran anda akan dipaparkan.
- Selesai.
Kemudian, semak status kelayakan anda menerima Bantuan SARA mengikut panduan semakan di bawah pula.
SARA SEMAKAN STATUS
Ikuti panduan semakan status penerima Bantuan SARA seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, kemudian anda klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN], anda akan dibawa ke halaman STR. Ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Halaman utaman Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.