Sumbangan Asas Rahmah SARA Fasa 1: Cara Semak Status Kelayakan Bantuan RM100 & RM50
Keperluan asas seperti makanan dan barangan keperluan lain adalah tanggungjawab setiap individu. Namun, dengan kenaikan harga barang yang sukar dikawal, ramai yang terpaksa berdepan dengan cabaran dalam menguruskan kewangan. Untuk meringankan beban ini, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 akan disalurkan setiap bulan melalui MyKad dengan jumlah bantuan RM100 atau RM50 bagi memenuhi keperluan asas penerima.
Bagaimanakah cara untuk menyemak status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah SARA Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/
APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH SARA
Bagi memenuhi keperluan asas rakyat, Sumbangan Asas Rahmah atau singkatannya SARA diperkenalkan dan telah dilaksanakan sejak tahun 2023 yang mana telah memanfaatkan seramai lebih 700,000 ribu golongan miskin dan miskin tegar.
Namun pada tahun 2025 ini, kerajaan telah meluaskan pemberian kepada lebih 5.4 juta penerima merangkumi golongan miskin, miskin tegar dan juga asas bukan miskin yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah setiap bulan bagi sepanjang tahun ini.
TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah fasa yang pertama (1) telah bermula pada tarikh :
PERKARA | TARIKH |
---|---|
Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Fasa 1 | 15 Januari 2025, Rabu |
KAEDAH PELAKSANAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Pihak Kerajaan telah menyelaraskan kaedah pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak iaitu secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH FASA 1
Fasa pertama (1), Sumbangan Asas Rahmah telah disalurkan ke dalam MyKad penerima dengan kadar sebanyak :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA) FASA 1 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 |
WARGA EMAS | RM100 |
BUJANG | RM50 |
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Terdapat dua (2) portal yang boleh diakses untuk semakan status Sumbangan Asas Rahmah, iaitu :
- Pautan Portal Rasmi MyKasih; atau
- Pautan Portal Rasmi MySTR.
Ikuti panduan semakan status dikedua-dua pautan portal rasmi berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama portal rasmi MySTR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah (SARA)] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.