MyKasih SARA 2025: Semakan Status Kelayakan & Info Penerima
Lebih 5.4 juta penerima telah disahkan layak menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah program MyKasih 2025. Bantuan ini disalurkan kepada golongan miskin, miskin tegar, serta sebahagian kumpulan berpendapatan rendah yang memerlukan.
Bagaimana cara semakan status penerima MyKasih SARA 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MySTR Fasa 2 2025
MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS 2025
Semakan Status Bantuan SARA boleh disemak melalui portal rasmi MyKasih atau MySTR seperti panduan di bawah :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
KAEDAH PELAKSANAAN MYKASIH SARA 2025
Kerajaan telah menyelaraskan kaedah pelaksanaan Bantuan SARA MyKasih kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan iaitu dikreditkan secara tanpa tunai melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima setiap bulan.
Setelah penerima disahkan status ‘Layak’, Bantuan SARA MyKasih akan dikreditkan terus ke dalam kad pengenalan penerima mengikut tarikh yang ditetapkan setiap bulan dan penerima perlu menggunakan kad pengenalan untuk pembelian barangan keperluan asas.
KADAR MYKASIH SARA MENGIKUT STATUS PENERIMA 2025
Setiap penerima akan menerima kadar Bantuan MyKasih SARA yang berbeza seperti berikut :
- Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar (e-Kasih) :
- Isi Rumah : RM100 dan RM200 setiap bulan.
- Warga Emas : RM100 dan RM150 setiap bulan.
- Bujang : RM50 setiap bulan.
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) :
- Isi Rumah : RM100 setiap bulan.
- Warga Emas : RM50 setiap bulan.
JADUAL PELAKSANAAN MYKASIH SARA 2025
Pelaksanaan Bantuan MyKasih SARA adalah dijadualkan seperti berikut :
KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA | PELAKSANAAN SESI 1 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | PELAKSANAAN SESI 2 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 | KADAR KESELURUHAN |
---|---|---|---|
Isi Rumah Miskin | RM100 sebulan | RM200 sebulan | RM2,100 setahun |
Warga Emas Miskin | RM100 sebulan | RM150 sebulan | RM1,650 setahun |
Bujang Miskin | RM50 sebulan | RM50 sebulan | RM600 setahun |
Isi Rumah Bukan Miskin | – | RM100 sebulan | RM900 setahun |
Warga Emas Bukan Miskin | – | RM50 sebulan | RM450 setahun |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.