SEMAKAN BANTUAN MYKASIH 2025: CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Kerajaan telah melanjutkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 bagi memastikan lebih ramai rakyat yang memerlukan mendapat bantuan kewangan untuk membeli barangan keperluan asas. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup sepanjang tahun 2025.
Bagaimana cara semakan Bantuan MyKasih 2025? Ikuti panduan dan info lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025
JUMLAH PENERIMA LAYAK TERIMA BANTUAN MY KASIH 2025
Pada tahun 2025, terdapat pertambahan jumlah penerima yang layak menerima Bantuan MyKasih berbanding tahun lalu hanya seramai 0.7 juta sahaja. Berikut merupakan jumlah penerima yang layak :
PENERIMA SEDIA ADA | PENERIMA BAHARU |
---|---|
0.7 juta penerima | 4.7 juta penerima |
Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas | Isi Rumah dan Warga Emas |
Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | Berstatus Asas Bukan Miskin |
TARIKH PENYALURAN BANTUAN MY KASIH 2025
Bantuan MyKasih disalurkan setiap bulan mengikut sesi berikut :
PENYALURAN SESI PERTAMA (1) | PENYALURAN SESI KEDUA (2) |
---|---|
15 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2025 | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
AMAUN PENYALURAN BANTUAN MY KASIH 2025
Setiap penerima akan menerima amaun Bantuan MyKasih yang berbeza seperti berikut :
- PENERIMA SEDIA ADA :
KATEGORI PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | RM100 setiap bulan | RM200 setiap bulan |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM100 setiap bulan | RM150 setiap bulan |
BUJANG | RM50 setiap bulan | RM50 setiap bulan |
- PENERIMA BAHARU :
KATEGORI PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal) | – | RM100 setiap bulan |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | – | RM50 setiap bulan |
BUJANG | – | – |
SEMAKAN BANTUAN MY KASIH 2025
Ikuti cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Cara Semakan Status Kelayakan Melalui Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Cara Semakan Status Kelayakan Melalui Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.