Bantuan kewangan seperti Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan mendapatkan keperluan asas setiap bulan. Program ini memberi manfaat kepada golongan yang layak dengan bantuan berbentuk pembayaran tanpa tunai (cashless) melalui MyKad.
Bagaimana cara semak Bantuan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
KRITERIA PENERIMA BANTUAN MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) kriteria penerima Bantuan MyKasih (SARA) bagi tahun 2025 :
- Penerima STR dan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Penerima STR Bukan e-Kasih :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAK BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih (SARA), ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Panduan Semakan Bantuan MyKasih Di Portal Rasmi :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
- Panduan Semakan Bantuan MyKasih Di Aplikasi :
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SUMBANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih (SARA) disumbangkan kepada penerima adalah secara tanpa tunai (cashless) melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (IC) penerima khas digunakan untuk membeli barangan keperluan asas setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) sahaja dengan menggunakan IC.
JUMLAH SUMBANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih (SARA) akan disumbangkan dengan jumlah yang berbeza berdasarkan kelayakan penerima seperti berikut :
PENERIMA BANTUAN MYKASIH STR DAN E-KASIH | PENERIMA BANTUAN MYKASIH STR BUKAN E-KASIH |
---|---|
Isi Rumah : RM100/RM200 setiap bulan | Isi Rumah : RM100 setiap bulan |
Warga Emas : RM100/RM150 setiap bulan | Warga Emas : RM50 setiap bulan |
Bujang : RM50 setiap bulan | Bujang : Tiada |
TEMPOH SUMBANGAN BANTUAN MYKASIH 2025
Sumbangan Bantuan MyKasih (SARA) bagi tahun 2025 adalah selama tempoh berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH SUMBANGAN |
---|---|
MyKasih STR dan e-Kasih | Setiap bulan selama 12 bulan bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
MyKasih STR Bukan e-Kasih | Setiap bula selama 9 bulan bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
*Nota : Bantuan MyKasih (SARA) dalam kad pengenalan penerima sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.