DUIT BANTUAN MYKAD 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN & CARA CLAIM BANTUAN

DUIT BANTUAN MYKAD 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN & CARA CLAIM BANTUAN

Kerajaan telah mula mengkreditkan Duit Bantuan Dalam MyKad 2025 kepada penerima yang layak. Namun, ramai yang tidak menyedari bahawa MyKad mereka mengandungi bantuan tunai digital untuk pembelian barangan keperluan asas secara cashless.

Bagaimana cara semakan kelayakan & tuntutan duit bantuan MyKad? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Bantuan yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima adalah daripada inisiatif Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang mana ianya dikreditkan secara ansur setiap bulan selama tempoh 9 hingga ke 12 bulan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia dengan menggunakan MyKad.

FUNGSI MYKAD

MyKad (Kad Pengenalan) rakyat Malaysia tentunya mempunyai pelbagai fungsi lain, antaranya ialah :

  1. Memohon Bantuan Kerajaan :
    • MyKad diperlukan untuk pengesahan identiti semasa mengemukakan permohonan bantuan kerajaan.
  2. Urusan Rasmi dengan Agensi Kerajaan / lain-lain agensi :
    • Untuk berurusan rasmi dengan agensi Kerajaan atau lain-lain agensi pastinya memerlukan pengesahan identiti dengan menggunakan MyKad.
  3. Keluar Negara :
    • Proses imigresen untuk pengesahan identiti pastinya memerlukan MyKad bersama dengan passport.

JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Berikut merupakan jumlah Bantuan Dalam MyKad setiap penerima yang layak :

KATEGORI PENERIMABULAN
JANUARI – MAC 2025
BULAN
APRIL – DISEMBER 2025
Isi Rumah (STR dan e-Kasih)RM100 setiap bulanRM200 setiap bulan
Warga Emas
Tiada Pasangan
(STR dan e-Kasih)
RM100 setiap bulanRM150 setiap bulan
Bujang (STR dan e-Kasih)RM50 setiap bulanRM50 setiap bulan
Isi Rumah (STR sahaja)RM100 setiap bulan
Warga Emas
Tiada Pasangan
(STR sahaja)
RM50 setiap bulan

*Nota : Baki duit yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Sebelum membuat semakan baki Bantuan Dalam MyKad, semak status kelayakan anda sebagai penerima yang sah seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’.
  10. Selesai.

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Kerajaan mengkreditkan Bantuan Dalam MyKad pada tarikh seperti berikut :

  • 15/01/2025 (Rabu)
  • 01/02/2025 (Sabtu)
  • 01/03/2025 (Sabtu)
  • 01/04/2025 (Selasa)
  • 01/05/2025 (Khamis)
  • 01/06/2025 (Ahad)
  • 01/07/2025 (Selasa)
  • 01/08/2025 (Jumaat)
  • 01/09/2025 (Isnin)
  • 01/10/2025 (Rabu)
  • 01/11/2025 (Sabtu)
  • 01/12/2025 (Isnin)

CARA SEMAK STATUS DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Semakan duit Bantuan Dalam MyKad adalah percuma dan boleh dilakukan melalui tiga (3) cara seperti berikut :

  • Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
    1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
    2. Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada ikon [TNG Card].
    4. Kemudian, pilih butang [Add New Card].
    5. Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
    6. Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
    7. Klik pada butang [Submit].
    8. Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
    9. Selesai.
  • Semakan Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
    1. Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
    2. Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
    3. Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
    4. Selesai.
  • Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
    1. Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
    2. Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
    3. Selesai.

KAEDAH PEMBELIAN MENGGUNAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Hanya individu yang disahkan layak dan mempunyai Bantuan Dalam MyKad boleh membuat pembelian seperti berikut :

  1. Pergi ke kedai atau pasaraya terpilih berhampiran;
  2. Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label SARA MyKasih di rak tanda harga;
  3. Di kaunter bayaran, tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan;
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih mengikut label yang diluluskan;
  5. Penerima perlu memasukkan 6 digit nombor PIN MyKad untuk pengesahan bayaran;
  6. Bayaran akan disahkan dan resit akan diberikan untuk menyemak transaksi pembelian dan baki.

*Nota : Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANGAN BOLEH DIBELI DENGAN BANTUAN DALAM MYKAD

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.