eKasih SARA 2025: Cara Semak Kelayakan & Status Bayaran Bulanan
Berita baik untuk golongan miskin dan miskin tegar berdaftar di eKasih! Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2025 kini mula dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak. Sebanyak RM100 atau RM50 akan diberikan setiap bulan kepada lebih 700,000 penerima layak bagi meringankan beban kos sara hidup.
Adakah anda layak untuk bantuan eKasih SARA? Ketahui cara mudah untuk membuat semakan kelayakan dan mendapatkan info lanjut melalui panduan di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/login-mykasih-2025/
KATEGORI KELAYAKAN BANTUAN EKASIH SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; DAN
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN EKASIH SARA 2025
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)]. - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)]. - Selesai.
TARIKH PENYALURAN BANTUAN SARA EKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS/BERDAFTAR Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2025 (Rabu) |
SEMAKAN JUMLAH BAYARAN EKASIH SARA 2025 MENGIKUT KELAYAKAN PENERIMA
Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA (PENERIMA STR –BERSTATUS/BERDAFTAR MISKIN DAN MISKIN TEGAR eKasih) | AMAUN (RM) BULAN *JANUARI – MAC | AMAUN (RM) BULAN *APRIL – DISEMBER |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 Sebulan | RM 200 Sebulan |
Warga emas tiada pasangan/Bujang (60 tahun keatas) | RM100 Sebulan | RM 150 Sebulan |
Bujang (21 sehingga 59 tahun) | RM 50 Sebulan | RM 50 Sebulan |
PEMBAYARAN BANTUAN EKASIH SARA 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
CONTOH KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sarad-programme/sara/.