MyKasih SARA 2025: Semakan Kelayakan dan Cara Semak Status Anda
Berita baik! Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui program MyKasih kini mula dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Bantuan ini khusus untuk pembelian barangan keperluan asas harian dengan jumlah bantuan RM600, RM900, atau RM1200 bergantung kepada kategori kelayakan.
Ingin tahu cara membuat semakan kelayakan MyKasih SARA 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/mykasih-2025/
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
KAEDAH SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN LULUS ATAU TIDAK
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MYKASIH SARA 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR ((BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 2,100 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 200 sebulan (*April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 1,650 | RM100 sebulan (*Januari – Mac) RM 150 sebulan (April – Disember) |
Bujang (Setiap Individu) | RM 600 | RM50 sebulan (Januari – Mac) RM 50 sebulan (*April – Disember) |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) |
---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM 900 | RM 100 sebulan (*April – Disember) |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM 450 | RM50 sebulan (*April – Disember) |
Bujang (Setiap Individu) | – | – |
TARIKH PENYALURAN BAYARAN MYKASIH SARA 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | 15 Januari 2025 (Rabu) |
Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula April – Disember 2025 |
KAEDAH PENYALURAN MYKASIH SARA 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Semenanjung Malaysia & Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
SENARAI BARANG MYKASIH SARA
Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas MyKasih:
- Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
- Produk kebersihan : Detol / Colgate / Kotex
- Ubat-ubatan : Panadol / Difflam / Sterimar / Prospan / Hurix’s
- Barangan persekolahan : Stabilo / Faber-Castell / Bata / Staedtler
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH SARA
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
*Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara