Semakan Asas Rahmah 2025: Cek Status Kelayakan & Cara Tebus
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 telah mula diagihkan kepada 700,000 penerima sedia ada dalam kategori miskin dan miskin tegar. Selain itu, agihan kepada 4.7 juta penerima baharu yang tergolong dalam kategori asas bukan miskin akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Ingin tahu sama ada anda layak menerima Bantuan Asas Rahmah 2025? Semak status kelayakan anda sekarang dan ketahui cara penebusan bantuan melalui panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih SARA Semak 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus
KADAR AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Agihan Bantuan Asas Rahmah adalah dengan kadar sebanyak berikut :
- Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH (Berkahwin / Tunggal) | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM1,650 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
KATEGORI PENERIMA | KADAR AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH |
---|---|
ISI RUMAH (Berkahwin / Tunggal) | RM900 setahun |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM450 setahun |
BUJANG | Tiada |
CARA AGIHAN ASAS RAHMAH 2025
Pengagihan Bantuan Asas Rahmah bukanlah secara tunai sekaligus. Namun, kerajaan akan mengagihkan Bantuan Asas Rahmah secara ansur setiap bulan dengan kadar antara RM50/RM100/RM150/RM200 melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima.
Setiap penerima akan menerima agihan ke dalam kad pengenalan secara automatik dan boleh terus digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barang persekolahan secara tanpa tunai (cashless).
JADUAL AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2025
Agihan Bantuan Asas Rahmah bagi tahun 2025 adalah dijadualkan seperti berikut :
PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 | – |
01/02/2025 | – |
01/03/2025 | – |
01/04/2025 | 01/04/2025 |
01/05/2025 | 01/05/2025 |
01/06/2025 | 01/06/2025 |
01/07/2025 | 01/07/2025 |
01/08/2025 | 01/08/2025 |
01/09/2025 | 01/09/2025 |
01/10/2025 | 01/10/2025 |
01/11/2025 | 01/11/2025 |
01/12/2025 | 01/12/2025 |
SEMAKAN ASAS RAHMAH 2025
Ikuti semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Asas Rahmah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.