Bagi membantu golongan memerlukan dalam membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan Negeri Terengganu menawarkan Bantuan Aidilfitri 2025 berupa bayaran sekali sebanyak RM300 kepada penerima yang layak, khususnya dalam kategori B40. Inisiatif ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan agar mereka dapat menyambut perayaan dengan lebih bermakna.
Bagaimana cara semakan status penerima Bantuan Aidilfitri 2025? Ketahui syarat kelayakan dan panduan lengkap di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan mestilah terdiri daripada:
- Warganegara Malaysia;
- Rakyat Terengganu;
- Menetap dan Beralamat di Negeri Terengganu;
- Pengundi berdaftar di Terengganu;
- Berdaftar dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu Perantau (PRT20 PERANTAU);
- Ketua Isi Rumah (KIR) – Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM2,500, termasuk gaji pokok dan semua elaun tetap.
KATEGORI PEKERJAAN YANG LAYAK MOHON BANTUAN AIDILFITRI
Bagi memastikan Bantuan ini disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, Kerajaan Negeri Terengganu telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon.
- Peniaga Berlesen:
Peniaga berlesen tidak layak memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan dan disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). - Penjawat Awam:
Semua penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan tidak layak memohon. - Pemohon Tanpa Slip Gaji:
Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN AIDILFITRI 2025
Maklumat yang disediakan ini adalah berdasarkan bantuan tahun sebelumnya. Sekiranya bantuan ini diteruskan pada tahun ini, anda boleh rujuk maklumat dan panduan yang diberikan, termasuk cara permohonan dan semakan, sementara menunggu pengumuman rasmi daripada pihak berwajib.
JUMLAH PEMBERIAN BANTUAN AIDILFITRI 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori penerima seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BANTUAN (ONE-OFF) |
---|---|
Kategori Isi Rumah Ketua Isi Keluarga (KIR) | RM 300 |
CARA MOHON BANTUAN AIDILFITRI 2025
Permohonan Bantuan Raya adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu:
https://ibantuan.terengganu.gov.my/ - Kemudian, klik pada pilihan [Daftar] untuk [Pendaftaran Baharu].
- Isikan maklumat peribadi seperti [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] pilihan dengan lengkap dan tepat untuk pendaftaran.
- Seterusnya, [Log Masuk] Sistem dengan menggunakan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang didaftar.
- Seterusnya, lengkapkan [Maklumat Profil] seperti Maklumat Peribadi, Tanggungan, dan Pendapatan dengan tepat.
- Muat Naik Dokumen Sokongan Permohonan seperti Salinan Kad Pengenalan dan Slip Gaji atau Surat Akuan Pendapatan.
- Semak dan Hantar.
- Cetak Salinan dan Simpan Salinan Permohonan untuk Rujukan.
- Selesai.
SALINAN DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN
Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Pasangan.
- Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan yang disahkan.
- Dokumen tambahan bagi peniaga kecil tanpa slip gaji yang disahkan oleh JPKK.
SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI 2025
Status Permohonan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Bantuan di i-Bantuan Terengganu:
https://ibantuan.terengganu.gov.my/ - Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] dan [Kata Laluan] yang telah didaftar untuk Log Masuk Sistem.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status] dan [Maklumat Status Penerima] akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Hari Raya 2025, anda boleh rujuk Laman Rasmi berikut.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ibantuan.terengganu.gov.my/