Semakan Bantuan Barang Dapur 2025: Cek Status Kelayakan RM200, RM150, RM100 & RM50 Online!

Keperluan barangan dapur adalah asas bagi setiap isi rumah, namun kenaikan harga barang sering membebankan golongan berpendapatan rendah. Bagi membantu meringankan kos sara hidup, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Barang Dapur 2025, dengan jumlah bantuan sehingga RM200, RM150, RM100, dan RM50 setiap bulan kepada mereka yang layak.

Bagaimanakah cara untuk semak status kelayakan Bantuan Barang Dapur 2025 secara online? Ikuti panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Apa Itu SARA 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Kerajaan akan memberikan Bantuan Barang Dapur setiap bulan dengan jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori penerima berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Isi Rumah : RM100 (3 bulan) dan RM200 (9 bulan);
    • Warga Emas : RM100 (3 bulan) dan RM150 (9 bulan);
    • Bujang : RM50 (12 bulan).
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 (9 bulan);
    • Warga Emas : RM50 (9 bulan).

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Pemberian Bantuan Barang Dapur adalah secara berperingkat setiap bulan dan telah mula diberikan kepada penerima yang layak pada tarikh berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH PEMBERIAN
Penerima Berstatus
Miskin Tegar dan Miskin eKasih
Fasa 1 : 15 Januari 2025 hingga ** Mac 2025 (3 bulan)
Fasa 2 : ** April 2025 hingga ** Disember 2025 (9 bulan)
Penerima Berstatus
Asas Bukan Miskin
** April 2025 hingga ** Disember 2025 (9 bulan)

PROSES PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Berikut merupakan proses pemberian Bantuan Barang Dapur kepada penerima yang layak :

  1. Kerajaan akan mengkreditkan bantuan tanpa tunai ke dalam akaun yang dibuka berdasarkan nombor kad pengenalan penerima;
  2. Penerima yang layak perlu mengunjungi kedai / pasaraya terpilih berhampiran (rujuk senarai kedai terpilih DI SINI).
  3. Pilih barangan dapur yang ingin dibeli mengikut label ‘MyKasih’ dirak tanda harga atau mengikut senarai yang diluluskan (di bawah).
  4. Di kaunter, tunjukkan kad pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA MyKasih.
  5. Juruwang akan mengimbas setiap barangan dapur yang dipilih.
  6. Penerima perlu memasukkan 6-digit awal nombor IC sebagai nombor PIN dan menukarnya kepada nombor PIN baharu.
  7. Pembayaran menggunakan IC akan disahkan dan resit pembelian akan diberikan.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Penerima hanya boleh memilih barangan dapur mengikut jenama yang dibenarkan seperti senarai di bawah :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

SEMAKAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Terdapat dua (2) panduan semakan status kelayakan penerima Bantuan Barang Dapur :

  • Panduan Semakan Status Online Di Portal Rasmi :
  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.
  • Panduan Semakan Status Online Di Aplikasi :
  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.