Semakan Bantuan eKasih 2025: Cek Kelayakan & Bayaran Penerima
Pelbagai bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan dan negeri akan disalurkan kepada individu yang tersenarai dalam rekod data eKasih, termasuk ketua isi rumah dan ahli isi rumah. Bantuan ini bertujuan membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk meringankan beban kewangan mereka.
Bagaimana cara semakan bantuan eKasih 2025? Ketahui panduan lengkap dan info bayaran terkini di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini
KADAR BANTUAN E KASIH 2025
Antara bantuan-bantuan yang disalurkan setiap bulan kepada individu yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih akan disalurkan mengikut kadar seperti berikut :
JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN |
---|---|
Bantuan SARA e-Kasih (Penerima Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak) | Isi Rumah : RM2,100 setahun Warga Emas : RM1,650 setahun Bujang : RM600 setahun |
Bantuan Sabah e-Kasih (Penerima Warganegara bermastautin di Sabah) | Semua : RM3,600 setahun |
*Nota : Pembayaran bantuan-bantuan di atas adalah secara ansur setiap bulan.
JADUAL BAYARAN BANTUAN E KASIH 2025
Bayaran bantuan-bantuan di bawah e-Kasih adalah pada tarikh yang berbeza seperti jadual berikut :
- Tarikh Bayaran Bantuan SARA e-Kasih :
BIL. | TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
1. | 15 Januari 2025 | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 |
2. | Februari 2025 | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 |
3. | Mac 2025 | Isi Rumah : RM100 Warga Emas : RM100 Bujang : RM50 |
4. | April 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
5. | Mei 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
6. | Jun 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
7. | Julai 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
8. | Ogos 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
9. | September 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
10. | Oktober 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
11. | November 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
12. | Disember 2025 | Isi Rumah : RM200 Warga Emas : RM150 Bujang : RM50 |
- Tarikh Bayaran Bantuan Sabah e-Kasih :
TARIKH BAYARAN | FASA PELAKSANAAN | JUMLAH BANTUAN |
---|---|---|
19 Februari 2025 | Januari – Mac (Fasa 1) | RM900 |
April 2025 | April – Jun (Fasa 2) | RM900 |
Ogos 2025 | Julai – September (Fasa 3) | RM900 |
Oktober 2025 | Oktober – Disember (Fasa 4) | RM900 |
SEMAKAN BANTUAN E KASIH 2025
Untuk mengetahui anda tersenarai dalam rekod data e-Kasih atau tidak, ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS BANTUAN SARA E KASIH 2025
Ikuti panduan semakan status sebagai penerima Bantuan SARA e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAK STATUS BANTUAN SABAH E KASIH 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sabah e-Kasih seperti berikut :
- Sila layari pautan Sukur Sabah rasmi di sini : https://sukur.sabah.gov.my/.
- Halaman semakan status akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa sengkang (-) contoh : 89XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semak] di bawah.
- Status kelayakan penerima Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://ekasih2.icu.gov.my/.