Bantuan RM300 Sebulan Sabah 2025, di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat, adalah inisiatif Kerajaan Sabah untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar. Pelaksanaan program ini secara berperingkat bertujuan meringankan beban kewangan rakyat, terutama menjelang musim perayaan. Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan bantuan RM300 ini? Ketahui panduan lengkap dan maklumat penting dalam artikel ini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
APA ITU BANTUAN SABAH
Menerusi Belanjawan Sabah 2025 yang dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kerajaan Sabah telah mengumumkan bantuan Khas untuk Rakyat Sabah iaitu Program Sentuhan Kasih Rakyat melibatkan peruntukan RM358.5 juta.
Tujuan Bantuan ini adalah untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan mengurangkan beban kewangan yang dihadapi Rakyat Sabah yang terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar.
Bantuan akan diagihkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk tempoh setahun kepada ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang berstatus miskin dan miskin tegar.
SYARAT LULUS PEMBAYARAN RM300 BANTUAN SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PEMBAYARAN RM300 BANTUAN SABAH
Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah | Pembayaran akan dilakukan secara berfasa/berperingkat dan dalam bentuk pakej bermula Februari 2025 |
*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan dikemas kini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.
JUMLAH BANTUAN SABAH
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Kategori Miskin dan Miskin Tegar (Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas) | RM300 (Sebulan) |
SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN RM300 BANTUAN SABAH
Semakan status dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabahnews.com.my/ ; atau
- https://www.tvsarawak.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/