Kerajaan Sabah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat bagi mengurangkan tekanan kewangan rakyat. Program ini menyediakan bantuan RM300 setiap bulan kepada golongan miskin tegar dan miskin di Sabah untuk tahun 2025.
Ingin mengetahui cara semakan status kelayakan untuk Bantuan Sabah 2025? Lihat panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
APA ITU PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT SABAH
Program Sentuhan Kasih Rakyat merupakan inisiatif Kerajaan Sabah yang bertujuan mengurangkan beban kewangan rakyat berikutan peningkatan kos sara hidup.
Bantuan ini menyediakan RM300 secara bulanan selama setahun kepada golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.
Menerusi Belanjawan Sabah 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM358.5 juta untuk program ini, yang bakal memberi manfaat kepada 100,000 penerima pada fasa pertama, termasuk ketua isi rumah dan ahli keluarga berumur 18 tahun ke atas.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH 2025
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warga Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN SABAH 2025
Pengagihan bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah dijangka bermula pada Februari 2025, dan akan dilaksanakan secara berperingkat. Dalam fasa pertama, seramai 100,000 penerima akan mendapatkan manfaat bantuan ini.
*Nota: Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah.
JUMLAH BANTUAN BULANAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berstatus Miskin dan Miskin Tegar (Ketua Keluarga termasuk Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas) | RM300 (Sebulan) |
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SABAH 2025
Semakan status dan cara penagihan bantuan belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/