Semak Bantuan Sabah 2025: Semakan Status Penerima RM300 Sebulan
Di Sabah, seramai 6,937 isi rumah tergolong dalam kategori miskin tegar daripada jumlah keseluruhan 18,445 isi rumah miskin tegar di Malaysia. Bagi meringankan beban kewangan golongan ini, Kerajaan Negeri Sabah menyediakan Bantuan Sabah RM300 sebulan sebagai bantuan kewangan kepada mereka yang layak.
Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan bantuan Sabah? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui cara membuat semakan status penerima RM300 setiap bulan dan syarat kelayakan bantuan ini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
PENGENALAN BANTUAN SABAH 2025
Bantuan Sabah atau diperkenalkan sebagai Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) adalah merupakan antara inisiatif Kerajaan Negeri Sabah untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat dan tambahan kepada program bantuan tunai yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH 2025
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk menerima Bantuan Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat) :
- Pendapatan : Ketua isi rumah atau ahli keluarga mestilah tergolong dalam kategori miskin tegar atau miskin.
- Warganegara : Pemohon mestilah rakyat Malaysia yang bermastautin di Sabah.
- Umur : Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas.
- Alamat Tetap : Pemohon perlu mempunyai alamat tetap yang berdaftar di Sabah.
JUMLAH BANTUAN SABAH 2025
Bantuan Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat) akan dibayar kepada setiap penerima yang layak dengan jumlah sebanyak :
JUMLAH BANTUAN SABAH | TEMPOH BAYARAN |
---|---|
RM300 Setiap bulan | Setahun |
MANFAAT BANTUAN SABAH 2025
Antara manfaat yang diperoleh daripada Bantuan Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat) kepada penerima adalah :
MANFAAT-MANFAAT | KETERANGAN |
---|---|
Meringankan Beban Kewangan | Dengan bantuan RM300 sebulan, penerima dapat menggunakannya untuk keperluan asas seperti makanan dan perbelanjaan harian. |
Meningkatkan Taraf Hidup | Bantuan ini dapat membantu keluarga miskin memenuhi keperluan pendidikan dan penjagaan kesihatan anak-anak. |
Memberi Harapan Kepada Golongan Miskin | Bantuan kewangan ini bukan sahaja menyokong dari segi kewangan tetapi juga memberikan harapan kepada golongan miskin untuk membina kehidupan yang lebih baik. |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SABAH 2025
Bayaran Bantuan Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat) akan dilaksanakan secara berfasa dan dalam bentuk pakej bermula pada tarikh :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
BANTUAN SABAH (Program Sentuhan Kasih Rakyat) | Februari 2025 |
*Nota : Tarikh akan dikemaskini dari semasa ke semasa apabila Kerajaan Negeri Sabah mengumumkannya secara rasmi nanti.
SEMAK BANTUAN SABAH 2025
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menggerakkan jenteranya di semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengesan golongan miskin dan miskin tegar untuk memastikan mereka tidak tercicir untuk menerima manfaat Bantuan Sabah (Sentuhan Kasih Rakyat).
Senarai nama yang dikumpul akan diserahkan kepada Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pelaksanaan program Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sabah, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/.