Bantuan SARA 2025, juga dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah, merupakan inisiatif bersasar yang diberikan setiap bulan bagi membantu rakyat menampung kos sara hidup. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk tanpa tunai (cashless) melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas dengan lebih mudah dan efisien.
Ingin tahu cara semakan kelayakan penerima bayaran RM100 dan RM50 setiap bulan untuk Fasa 1 Bantuan SARA? Ikuti panduan lengkap di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/
KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA 2025 FASA 1
Pembayaran Bantuan SARA Fasa pertama (1) adalah khas kepada individu yang berkelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA 2025 FASA 1
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA untuk fasa pertama (1) kepada 700,000 ribu penerima yang layak :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 1 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan |
WARGA EMAS | RM100 setiap bulan |
BUJANG | RM50 setiap bulan |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA 2025 FASA 1
Pembayaran Bantuan SARA untuk fasa pertama (1) adalah selama tiga (3) bulan seperti tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA FASA 1 | KADAR BAYARAN FASA 1 |
---|---|
15 Januari 2025 | RM50 / RM100 |
** Februari 2025 | RM50 / RM100 |
** Mac 2025 | RM50 / RM100 |
*Nota : Tarikh bayaran bulan Februari dan Mac akan dikemaskini sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.
BANTUAN SARA 2025 SEMAKAN FASA 1
Ikuti panduan semakan status bayaran Bantuan SARA Fasa 1 seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.