Bantuan STR 2025 Fasa 1: Tarikh Masuk & Semakan Kelayakan Duit Bantuan

Bantuan STR 2025 Fasa 1: Tarikh Masuk & Cara Semak Kelayakan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif bantuan tunai yang terus diberikan oleh Kerajaan untuk menyokong golongan yang memerlukan, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa. Program ini membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah.

Bilakah Tarikh Masuk Bantuan STR 2025 Fasa 1?
Semak status kelayakan anda untuk bantuan STR 2025 Fasa 1 dan dapatkan maklumat tentang tarikh pembayaran serta cara untuk memastikan kelayakan anda secara online.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/b40-bantuan-ewallet/

LOG MASUK DAN SEMAKAN STATUS LULUS BANTUAN STR 2025 FASA 1

Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

Selesai.

Layari Portal Rasmi STR di pautan :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.

Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]

Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).

Tekan pada butang [Log Masuk].

Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan.

‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.

Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.

Seterusnya, klik butang [Log Masuk], dan [Profile Pemohon] akan dipaparkan.

Setelah berjaya masuk, tekan pada [Semakan Status]

Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.

STR FASA 1

SYARAT LULUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

Syarat dan kategori penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH MASUK DUIT BANTUAN STR 2025

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

  • Kategori Isi Rumah/Berpasangan atau Tunggal:
KATEGORI PENERIMAKADR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
  • Kategori Bujang / Warga Emas / Balu / Janda / Duda Tiada Anak:
KATEGORI PENERIMAKADR BANTUAN (RM)
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan RM 5000 dan kebawah
(Berusia 60 tahun keatas)
RM 600
Bujang
berpendapatan RM 2500 dan kebawah
(Berusia 21 – 59 tahun keatas)
RM 600

TARIKH MASUK BANTUAN STR 2025 FASA 1

Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

CARA DUIT BANTUAN STR 2025 DISALURKAN

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima: Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan.
  • Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf