BANTUAN TAMBAHAN IC 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM600, RM900 & RM2100)
Terkini! Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini disalurkan terus ke MyKad (IC) penerima, membolehkan mereka membeli barangan keperluan asas dengan lebih mudah. Bantuan ini turut diperluaskan ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, bagi memastikan lebih ramai rakyat mendapat manfaat.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan bantuan tambahan dalam IC? Semak panduan lengkap dan langkah semakan di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN DALAM IC
Bantuan tambahan dalam IC/MyKad merupakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bermula tahun 2025, bantuan SARA akan turut diberikan kepada semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025. Hal ini kerana ianya merupakan bantuan tambahan Kerajaan dimana indvidu yang LULUS dan merupakan penerima STR 2025 akan secara automatik menerima bantuan ini.
Bantuan ini merupakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas dimana pengkreditan akan dilakukan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (IC) penerima khusus untuk pembelian barangan keperluan asas berlabel MyKasih di Pasaraya terpilih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TAMBAHAN DALAM IC
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.
Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.
LOGIN DAN CHECK STATUS BANTUAN TAMBAHAN DALAM IC
Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:
- Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
- Di Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Klik log masuk MyKasih :
https://www.mykasih.com.my/ - Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Klik log masuk MySTR :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN BAYARAN
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR (BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Bermula 15 Januari – Disember 2025 |
Penerima Bantuan STR Sahaja (BUKAN eKasih) | Bermula April – Disember 2025 |
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
- Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | – | RM 50 sebulan | RM 450 |
Bujang (Setiap Individu) | – | – | – |
PANDUAN PEMBELIAN BARANGAN KEPERLUAN ASAS MENGGUNAKAN IC
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada senarai barangan di atas, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara