Semakan Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 2025: Ketahui Status Bayaran Anda
Kerajaan terus komited membantu rakyat dengan meningkatkan peruntukan Bantuan Tunai Rahmah (BTR) hingga 30% hasil penjimatan subsidi. Langkah ini memastikan hampir 9 juta rakyat dewasa Malaysia menerima bantuan kewangan yang lebih mampan. Bayaran Fasa 1, melibatkan jumlah RM150, RM300, dan RM500, akan diagihkan kepada penerima yang layak.
Ingin tahu cara menyemak status kelayakan anda untuk menerima Bantuan Tunai Rahmah? Lihat panduan lengkap di bawah untuk memastikan anda tidak terlepas peluang ini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
PENGENALAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Bantuan Tunai Rahmah adalah merupakan bantuan bersasar yang disalurkan untuk membantu meringankan bebanan hidup rakyat terutamanya rakyat merupakan golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatkan kos sara hidup seperti B40 dan M40.
JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah adalah secara ansur berfasa selama empat (4) fasa seperti jadual berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH PENERIMAAN |
---|---|
FASA 1 | 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025 |
FASA2 | Belum diumumkan |
FASA3 | Belum diumumkan |
FASA 4 | Belum diumumkan |
*Nota : Pihak kami akan kemaskini semula jadual bayaran Bantuan Tunai Rahmah di atas apabila sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi.
BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025
Penerima yang layak menerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seramai 8.3 juta penerima merangkumi :
- Isi Rumah B40 : 2.8 juta penerima;
- Isi Rumah M40 : 1.0 juta penerima;
- Warga Emas : 1.3 juta penerima; dan
- Bujang : 3.2 juta penerima.
JUMLAH AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025
Jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah mengikut kelayakan penerima seperti berikut :
- Isi Rumah B40 : RM500 (Semua)
- Isi Rumah M40 : RM150 hingga RM300 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas : RM150.
- Bujang : RM150.
*Namun, setiap penerima disarankan untuk membuat semakan di pautan Portal Rasmi untuk mengetahui jumlah amaun yang akan diterima.
PANDUAN SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1 2025
Ikuti panduan semakan bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 seperti berikut :
- Sila layari pautan rasmi Bantuan Tunai Rahmah 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.