Semakan BTR Fasa 1 2025: Semak Status Kelayakan untuk Bantuan Tunai Rahmah (RM150, RM300 & RM500)

Semakan BTR Fasa 1 2025 kini dibuka untuk memastikan rakyat yang benar-benar layak menerima Bantuan Tunai Rahmah (BTR) menerusi pengagihan subsidi yang lebih disasarkan. Bantuan ini menawarkan kadar RM150, RM300, dan RM500 kepada golongan sasaran. Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan BTR Fasa 1? Ketahui panduan dan maklumat penting dalam artikel ini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/

APA ITU BTR 2025

BTR (Bantuan Tunai Rahmah) atau dikenali sebagai STR adalah merupakan sebuah bantuan tunai yang diperuntukan untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Bantuan Tunai Rahmah (BTR) dibayar kepada penerima secara ansur berfasa dan kini adalah fasa pertama (1) pada tahun ini yang melibatkan peruntukan sebanyak RM2.3 billion khas kepada 8.3 juta penerima.

SEMAKAN SYARAT BTR FASA 1 2025

Hanya individu yang telah membuat permohonan sebelum pada 30 November 2024 serta memenuhi syarat berikut sahaja akan layak menerima bayaran BTR Fasa 1 2025 :

  • Warganegara Malaysia;
    • Isi Rumah :
      • Berpasangan ada atau tiada anak;
      • Ibu/bapa tunggal ada anak;
      • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000.
    • Warga Emas :
      • Bujang tiada pasangan; atau
      • Balu / Duda / Janda tiada anak melepasi syarat;
      • Berumur 60 tahun dan ke atas;
      • Pendapatan warga emas tidak melebihi RM5,000 sebulan.
    • Bujang :
      • Belum berkahwin; atau
      • Balu / Duda / Janda tiada anak;
      • Had umur 21 hingga 59 tahun;
      • Pendapatan Bujang tidak melebihi RM2,500 sebulanl;
      • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa.

KADAR BAYARAN BTR FASA 1 2025

Pembayaran BTR Fasa 1 adalah dengan kadar sebanyak :

  • Kategori Isi Rumah :
ISI RUMAH
PENDAPATAN
BAWAH RM2,500
ISI RUMAH
PENDAPATAN
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM500
3 – 4 anak : RM500
5 anak ke atas : RM500
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 anak ke atas : RM300
  • Kategori Bujang :
BUJANG UMUR
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN DAN KE ATAS
RM150RM150

TARIKH BAYARAN BTR FASA 1 2025

Pihak Kerajaan telah mengumumkan tarikh bayaran BTR Fasa 1 adalah pada :

TARIKH MULA
BAYARAN
BTR FASA 1 2025
TARIKH AKHIR
BAYARAN
BTR FASA 1 2025
22 Januari 2025, Rabu28 Januari 2025, Selasa

KAEDAH BAYARAN BTR FASA 1 2025

Terdapat dua (2) kaedah bayaran BTR Fasa 1, iaitu bergantung kepada penerima penerima berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / pasangan
mengikut nombor akaun yang
didaftarkan semasa permohonan
Diberikan secara tunai di kaunter
mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
seluruh Malaysia termasuk
Sabah dan Sarawak

SEMAKAN BTR FASA 1 2025

Untuk mengetahui status layak atau tidak anda menerima Bantuan Tunai Rahmah (BTR) Fasa 1, semakan hanya boleh dilakukan pada pautan Portal Rasmi berikut sahaja :

  1. Sila layari Portal Rasmi Bantuan Tunai Rahmah 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.