Semakan Status eKasih Online 2025: Kelayakan Bayaran RM100 & RM50 Dalam MyKad

Semakan Status eKasih Online 2025: Cara Semak Bayaran Dalam MyKad

Golongan berpendapatan rendah yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih dan berada di bawah garis kemiskinan semasa (PGK) layak menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Perpaduan, termasuk bayaran RM100 dan RM50 yang dikreditkan ke dalam MyKad. Inisiatif ini menyasarkan golongan yang benar-benar memerlukan untuk meringankan kos sara hidup.

Ingin tahu cara menyemak status eKasih secara online dan kelayakan untuk menerima bayaran ini? Lihat panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

APA ITU EKASIH 2025 BANTUAN DALAM MYKAD

eKasih bukanlah bantuan, tetapi ia merupakan pangkalan data yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) yang mengandungi data tentang isi rumah miskin dan miskin tegar.

Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan termasuk Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad penerima setiap bulan.

TARIKH PENYALURAN EKASIH 2025 BANTUAN DALAM MYKAD

Pihak Kerajaan telah mula menyalurkan Bantuan Dalam MyKad penerima yang berstatus Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih bermula pada tarikh 15 Januari 2025, Rabu dan seterusnya setiap bulan sehingga ke Disember 2025.

Pada bulan Februari hingga Disember, Kerajaan masih belum mengumumkan tarikh penyaluran. Namun seperi tahun lalu, Bantuan disalurkan pada setiap 1 hari bulan dan boleh digunakan sehingga 31 Disember.

SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN STATUS EKASIH 2025

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima bayaran Bantuan RM100 dan RM50 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2025.

SEMAKAN STATUS EKASIH ONLINE 2025

Ketahui status pendaftaran eKasih secara online melalui pautan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status penerima akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Kemudian, semak status kelayakan bayaran bantuan RM100 dan RM50 dalam MyKad melalui semakan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 84XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod’.
  7. Selesai.

KADAR PENYALURAN EKASIH 2025 BANTUAN DALAM MYKAD

  • ISI RUMAH :
KADAR SETAHUNJANUARI
HINGGA
MAC
APRIL
HINGGA
DISEMBER
RM2,100 setahunRM100 setiap bulanRM200 setiap bulan
  • BUJANG :
KADAR SETAHUNJANUARI
HINGGA
DISEMBER
RM600 setahunRM50 setiap bulan
  • WARGA EMAS TIADA PASANGAN :
KADAR SETAHUNJANUARI
HINGGA
MAC
APRIL
HINGGA
DISEMBER
RM1,650 setahunRM100 setiap bulanRM150 setiap bulan

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA eKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.