eWallet 2025 Semakan Kelayakan Fasa 1: Cek Status Bantuan RM200, RM150, RM100 & RM50 Online!

Kerajaan memperkenalkan bantuan eWallet 2025 sebagai inisiatif bantuan tanpa tunai bagi memudahkan penerima membeli barangan keperluan asas di pasar raya terpilih. Bantuan ini bukan sahaja lebih mudah digunakan tetapi juga lebih selamat kerana tidak memerlukan wang tunai. Penerima yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM200, RM150, RM100, atau RM50 mengikut syarat kelayakan.

Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan eWallet 2025 Fasa 1 secara online? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Apa Itu SARA 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

APA ITU BANTUAN EWALLET 2025

Bermula tahun 2023, kerajaan telah memperkenalkan bantuan tanpa tunai (cashless). Namun, pada tahun 2025, inisiatif ini diteruskan melalui program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), di mana bantuan dikreditkan terus ke dalam MyKad penerima. Mereka yang layak boleh menggunakan MyKad untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih di pasar raya terpilih.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EWALLET 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

*Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN 2025

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

CARA PENYALURAN BANTUAN

Penyaluran bantuan tanpa tunai (cashless) adalah melalui MyKad (IC) penerima, untuk pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

*APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
RM 450
Bujang
(Setiap Individu)

TARIKH AGIHAN BANTUAN

Pengagihan bantuan bulanan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH PEMBAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula 15 Januari – Disember 2025
Penerima Bantuan STR
(BUKAN eKasih)
Bermula April – Disember 2025

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara