Semakan Kelayakan Bantuan Sabah 2025: Cara Semak Status & Bayaran RM300 Sebulan
Kerajaan Sabah melaksanakan Program Sentuhan Kasih Rakyat untuk membantu golongan B40, miskin, dan miskin tegar dengan bantuan kewangan RM300 sebulan. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan rakyat serta membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimana cara semakan kelayakan Bantuan Sabah 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui syarat dan cara permohonan bantuan ini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
APA ITU BANTUAN SABAH
Melalui Belanjawan Sabah 2025, Kerajaan Sabah memperkenalkan Program Sentuhan Kasih Rakyat dengan peruntukan RM358.5 juta untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup.
Program ini menawarkan bantuan bulanan RM300 selama setahun kepada golongan Miskin dan Miskin Tegar, termasuk Ketua Isi Rumah dan Ahli Keluarga berumur 18 tahun ke atas.
Pada fasa pertama, lebih 100,000 penerima dijangka menerima manfaat daripada inisiatif ini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SABAH
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia (Rakyat Sabah);
- Menetap di Negeri Sabah;
- Kategori Miskin dan Miskin Tegar; DAN
- Ketua isi rumah termasuk ahli keluarga yang berumur 18 tahun ke atas.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SABAH
Semakan status dan cara penyaluran bantuan masih belum dimaklumkan. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Sabah.
JUMLAH BANTUAN SABAH 2025
Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Ketua Keluarga Isi Rumah (KIR) DAN Ahli Keluarga yang berumur 18 tahun ke atas yang BERSTATUS Miskin dan Miskin Tegar | RM 300 (Sebulan) |
TARIKH PENGKREDITAN BANTUAN SABAH DAN SEMAKAN
Pembayaran Bantuan Sabah seperti berikut:
BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (Bantuan Sabah RM300) | Pembayaran dijangka akan bermula Februari 2025. Tarikh rasmi bayaran akan dimaklumkan, dan pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan Sabah. |
RUJUKAN
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan Program Sentuhan Kasih Rakyat, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sabah : https://sabah.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.tvsarawak.my/2024/11/15/belanjawan-sabah-2025-bantuan-rm300-sebulan-untuk-golongan-miskin-dan-miskin-tegar/