Semakan MyKasih 2025: Cara Cek Bantuan Sara Online & MyKasih

Semakan MyKasih 2025 (Cara Cek Bantuan SARA Online & MyKasih查询)

Susulan keberkesanan penyaluran bantuan pada tahun 2024, kerajaan akan meneruskan Program MyKasih pada tahun 2025 dengan peruntukan yang lebih besar untuk membantu lebih ramai penerima layak.

Ingin tahu cara semak MyKasih secara online? Panduan lengkap dan info terkini disediakan di bawah untuk membantu anda cek status MyKasih (MyKasih查询).

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-mykasih/

BILANGAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Pada tahun 2024, bilangan penerima Bantuan SARA di bawah MyKasih hanyalah seramai 0.7 juta sahaja. Namun, bilangan penerima pada tahun 2025 dinaikkan sehingga 5.4 juta penerima merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan juga bujang.

BANTUAN MYKASIH SARA

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH 2025

Pemberian Bantuan SARA di bawah MyKasih pada tahun 2025 adalah mengikut jumlah yang ditetapkan bagi setiap kategori seperti berikut :

  • 0.7 Juta Penerima Sedia Ada :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
MYKASIH 2025
Isi Rumah (Miskin & Miskin Tegar)RM1,200 setahun
Warga Emas Tiada Pasangan
(Miskin & Miskin Tegar)
RM1,200 setahun
Bujang
(Miskin & Miskin Tegar)
RM600 setahun
  • 4.7 Juta Penerima Baharu :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
MYKASIH 2025
Isi Rumah (Bukan Miskin)RM900 setahun
Warga Emas Tiada Pasangan
(Bukan Miskin)
RM450 setahun
Bujang
(Bukan Miskin)
RM0

TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH

Lazimnya bayaran Bantuan SARA di bawah MyKasih adalah secara ansur berperingkat mengikut negeri setiap penerima seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
BANTUAN SARA MYKASIH
Penerima Miskin & Miskin TegarSemenanjung Malaysia :
Januari hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak :
Februari dan Ogos 2025
Penerima Bukan MiskinSemenanjung Malaysia :
April hingga Disember 2025

Sabah & Sarawak :
April dan Disember 2025

*Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan semasa ke semasa dan pihak kami akan kemaskini sekiranya telah diumumkan secara rasmi nanti.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA di bawah MyKasih :

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori isi rumah, warga emas dan bujang;
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN MYKASIH 2025

Ikuti panduan cara semakan MyKasih secara online melalui portal rasmi di bawah :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://mykasih.com.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
  2. Pada halaman utama, sila klik pada [SEMAK STATUS].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
  4. Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKASIH. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Alamat E-mel : [email protected]

Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.

Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900