Semakan Status MyKasih Online 2025: Cara Cek Kelayakan RM100 & RM50 Dalam MyKad

Semakan Status MyKasih Online 2025: Cek Kelayakan Bantuan Dalam MyKad

Bantuan MyKasih diagihkan melalui MyKad (kad pengenalan berasaskan cip) atau kad pintar kepada rakyat Malaysia yang layak, untuk memastikan bantuan disalurkan dengan cara yang cekap, telus, dan selamat tanpa ketirisan. Bantuan ini berupa RM100 dan RM50 yang dikreditkan setiap bulan.

Ingin tahu bagaimana cara semak status kelayakan MyKasih secara online? Dapatkan panduan dan info lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/

PENGENALAN MYKASIH 2025

MyKasih telah diperkenalkan oleh NGO tempatan iaitu Tan Sri Dr Ngau Boon Keat bersama isterinya Puan Sri Jean sejak tahun 2009 yang bertujuan untuk membantu golongan miskin tegar mendapatkan barangan dapur menerusi kad pengenalan (MyKad).

Seterusnya, Kerajaan MADANI telah memperuntukan bantuan Sumbangan Asas Rahmah di bawah MyKasih untuk disalurkan kepada rakyat secara tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad bagi memenuhi keperluan asas setiap bulan.

KRITERIA KELAYAKAN STATUS MYKASIH 2025

  • Kelayakan Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Kelayakan Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

SEMAKAN STATUS MYKASIH ONLINE 2025

Untuk mengetahui status layak atau tidak Bantuan MyKasih dalam MyKad, semakan status boleh dilakukan secara online melalui dua (2) portal seperti panduan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Dalam Proses’.
  11. Selesai.

JADUAL PENGKREDITAN MYKASIH 2025 DALAM MYKAD

Pengkreditan MyKasih ke dalam MyKad penerima adalah mengikut jadual seperti berikut :

PENERIMA MISKIN
DAN MISKIN TEGAR
PENERIMA ASAS
BUKAN MISKIN
15 Januari 2025
Februari 2025
Mac 2025
April 2025April 2025
Mei 2025Mei 2025
Jun 2025Jun 2025
Julai 2025Julai 2025
Ogos 2025Ogos 2025
September 2025September 2025
Oktober 2025Oktober 2025
November 2025November 2025
Disember 2025Disember 2025

JUMLAH MYKASIH 2025 DALAM MYKAD MENGIKUT KELAYAKAN

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 / RM200 setiap bulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM100 / RM150 setiap bulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun.
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.