Semakan MyKasih Secara Online 2025: Cek Status Kelayakan Bantuan RM100 & RM50 Setiap Bulan

Sumbangan Asas Rahmah (SARA), yang dikendalikan oleh MyKasih, adalah bantuan khas untuk golongan yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup pada tahun 2025. Bantuan ini menyediakan pembayaran bulanan RM100 atau RM50 untuk membantu rakyat menampung perbelanjaan asas. Bagaimana cara menyemak status kelayakan untuk MyKasih secara online? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

PENGKREDITAN MYKASIH SECARA ONLINE 2025

Pihak Kerajaan MADANI komited menggunakan kemudahan teknologi digital mutakhir untuk memudahkan rakyat menerima bantuan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima yang layak.

Setiap penerima yang disahkan layak boleh memuat turun aplikasi MyKasih di dalam telefon bimbit untuk mengetahui jumlah kredit dan baki dalam MyKad untuk digunakan pada setiap bulan di mana-mana kedai atau pasaraya terpilih seluruh Malaysia.

KADAR KREDIT MYKASIH 2025

MyKasih akan dikreditkan ke dalam MyKad setiap penerima seperti berikut :

  • Penerima Sedia Ada (Berstatus Miskin dan Miskin Tegar) :
KATEGORI PENERIMAKADAR KREDIT MYKASIH
ISI RUMAHRM100/RM200 setiap bulan
sehingga
RM2,100 setahun
WARGA EMASRM100/RM150 setiap bulan
sehingga
RM1,650 setahun
BUJANGRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
  • Penerima Baharu (Berstatus Asas Bukan Miskin) :
KATEGORI PENERIMAKADAR KREDIT MYKASIH
ISI RUMAHRM100 setiap bulan
sehingga
RM900 setahun
WARGA EMASRM50 setiap bulan
sehingga
RM450 setahun
BUJANGTiada Peruntukan

JADUAL KREDIT MYKASIH ONLINE 2025

Berikut merupakan jadual pengkreditan MyKasih sepanjang tahun 2025 :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH KREDIT MYKASIH
2025
Penerima Sedia Ada
(Berstatus Miskin dan Miskin Tegar)
Setiap bulan :
15 Januari 2025
sehingga
** Disember 2025
Penerima Baharu
(Berstatus Asas Bukan Miskin)
Setiap bulan :
** April 2025
sehingga
** Disember 2025

SEMAKAN MYKASIH SECARA ONLINE 2025

Anda kini boleh membuat semakan status MyKasih secara online mengikut panduan di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [STATUS_CHECK.GOTOBANTUAN].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

KEGUNAAN MYKASIH 2025

Bantuan MyKasih dalam MyKad adalah digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.