Bantuan Tunai MySTR 2025 Fasa 1: Semakan Status Kelayakan Online

Bantuan Tunai MySTR 2025: Fasa 1 Semakan Kelayakan

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dikenali juga sebagai MySTR, ialah inisiatif yang disasarkan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan kos sara hidup. Bantuan ini diberikan dalam kadar yang berbeza berdasarkan kategori kelayakan setiap penerima.

Cara Semak Status Bantuan Tunai MySTR 2025
Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan MySTR 2025 Fasa 1? Pastikan anda mendapat panduan dan maklumat lengkap mengenai semakan kelayakan secara online hanya di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-str-2025/

APA ITU BANTUAN TUNAI MYSTR 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah satu program bantuan secara tunai khusus kepada golongan yang berpendapatan sederhana (B40 dan M40) dan memerlukan. Bantuan ini disalurkan secara berfasa iaitu Fasa satu, Fasa dua, Fasa tiga dan Fasa empat.

Dalam Belanjawan 2025, Kerajaan telah mengumumkan peningkatan peruntukan tertinggi untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM13 bilion, yang akan memberi manfaat kepada anggaran sembilan juta penerima, melibatkan 60 peratus daripada populasi dewasa negara.

PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSTR FASA1

KAEDAH SEMAKAN BANTUAN

Kaedah/cara semakan status permohonan STR boleh dibuat seperti berikut:

  • Secara dalam talian di portal rasmi MySTR; atau
  • Hubungi Hotline BKK; atau
  • Kunjungi ke Pejabat LHDNM yang berhampiran.

SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYSTR SECARA ONLINE

Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima MYSTR bagi fasa satu (1) 2025 secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

SYARAT/KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI MYSTR 2025

Syarat kelayakan permohonan bantuan STR 2025 HANYA TERHAD kepada:

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

JUMLAH BANTUAN TUNAI MYSTR 2025

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1,000
Anak 1-2 : RM 1,500
Anak 3-4 : RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

Nota : Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4)

TARIKH PENYALURAN BANTUAN MYSTR FASA 1

Tarikh rasmi pengagihan duit bantuan Fasa 1 STR 2025 masih belum dikeluarkan lagi. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh pengagihan bantuan, pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.

KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN

Pembayaran STR 2025 adalah seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima atau pasangan.
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran sekiranya:
    • Tiada maklumat akaun bank
    • Status pengkreditan gagal kredit

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf/.