PEMBAYARAN MYKASIH 2025: SEMAK STATUS KELAYAKAN (RM600, RM900 & RM2100)
Bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 akan dikreditkan secara berperingkat melalui MyKad penerima. Baki elaun yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama elaun bulan semasa bagi pembelian barangan keperluan asas.
Bagaimana cara semakan status pembayaran MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak menerima bantuan ini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025
JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Penerima isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau isi rumah tunggal (ada anak) :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN MYKASIH |
---|---|
Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar | RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM900 setahun (RM100 sebulan) |
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan :
KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAYARAN MYKASIH |
---|---|
Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar | RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM450 setahun (RM50 sebulan) |
- KATEGORI BUJANG :
- Belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak) :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN MYKASIH |
---|---|
Bujang Miskin dan Miskin Tegar | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
Bujang Asas Bukan Miskin | – |
CARA PEMBAYARAN MYKASIH 2025
Berikut merupakan cara bayaran MyKasih kepada penerima :
NEGERI PENERIMA | CARA PEMBAYARAN MYKASIH |
---|---|
Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Bantuan SARA MyKasih akan dibayar kepada penerima secara TANPA TUNAI melalui Kad Pengenalan (IC) penerima setiap bulan dan penerima perlu membuat pembelian barangan keperluan asas berlabel Mykasih yang terpilih secara tanpa tunai (cashless) dengan menggunakan Kad Pengenalan (IC) |
TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2025
Tempoh bayaran Bantuan SARA MyKasih adalah bergantung kepada status penerima berikut :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Dibayar selama tempoh 12 bulan bermula pada 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 | Dibayar selama tempoh 9 bulan bermula pada 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
*Bantuan SARA MyKasih yang dibayar melalui kad pengenalan penerima sah digunakan sehingga 31 Disember 2025.
PANDUAN SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN MYKASIH 2025
Semakan status bayaran MyKasih boleh dilakukan melalui Portal Rasmi dan Aplikasi mengikut panduan berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Pada halaman utama MyKasih, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
APLIKASI | URL |
---|---|
MyKasih | https://mykasih.com.my/mykasih-app/ |
- Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH PENGGUNAAN BAYARAN MYKASIH 2025
Bayaran Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan menerusi kad pengenalan boleh digunakan mengikut kaedah berikut :
- Pilih barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) di rak tanda harga.
- Tunjukkan Kad Pengenalan kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan SARA MyKasih.
- Bayar menggunakan Kad Pengenalan.
- Simpan resit untuk menyemak baki transaksi pembelian.
*Nota : Pembelian selain barangan MyKasih atau melebihi baki semasa perlu dibayar oleh penerima.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.