SEMAKAN SARA 2025 ONLINE: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM2100, RM900 & RM600)

SEMAKAN SARA 2025 ONLINE: SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA (RM2100, RM900 & RM600)

Bagi membantu rakyat menghadapi kos sara hidup, kerajaan telah memperkenalkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 sebagai bantuan bulanan tambahan. Bantuan ini bertujuan untuk membantu pembelian barangan keperluan asas, memastikan golongan yang layak mendapat sokongan kewangan yang mencukupi.

Bagaimana cara menyemak status kelayakan SARA 2025 secara online? Semak panduan lengkap dan langkah-langkah semakan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/

APA ITU SARA

Sumbangan Asas Rahmah atau SARA merupakan bantuan tambahan Kerajaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) (termasuk kategori eKasih dan BUKAN eKasih) bermula tahun 2025. Hal ini bermaksud, indvidu yang LULUS dan merupakan penerima STR 2025 akan secara automatik menerima bantuan ini.

Bantuan ini merupakan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas dimana, bayaran akan disalurkan kedalam MyKad penerima (mengikut MyKad yang didaftar) untuk membuat pembayaran barangan keperluan asas di Pasaraya terpilih.

SYARAT LULUS SEMAKAN SARA ONLINE

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan secara lansung layak menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih.

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN SARA SECARA ONLINE

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SARA

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM100
sebulan
RM 200
sebulan
RM 2,100
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM100
sebulan
RM 150
sebulan
RM 1,650
Bujang
(Setiap Individu)
RM50
sebulan
RM 50
sebulan
RM 600
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

JANUARI – MAC
AMAUN AGIHAN BULANAN
(RM)

APRIL – DISEMBER
JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM)
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 100
sebulan
RM 900
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 50
sebulan
RM 450
Bujang
(Setiap Individu)

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung Malaysia
&
Penerima daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad.

JADUAL PENGKREDITAN BANTUAN SARA KE DALAM MYKAD

Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
Bermula 15 Januari – Disember 2025

(Selama 12 Bulan)
Penerima Bantuan STR
(BUKAN eKasih)
Bermula April – Disember 2025

(Selama 9 Bulan)

SEMAKAN SENARAI BARANGAN DAPUR SARA 2025

Berikut merupakan senarai nama barangan keperluan asas yang diluluskan:

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

Catatan: Penerima bantuan hendaklah membeli barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga di pasaraya.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara