Menurut siaran media oleh Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), seramai 8 juta penerima STR 2025 yang bukan daripada kategori miskin atau miskin tegar akan menerima bantuan tunai tambahan SARA secara one-off bermula 9 Disember 2024 (Isnin). Pembayaran akan disalurkan mengikut kaedah pembayaran STR sedia ada.
Manakala, baki 700,000 penerima STR dalam kategori miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA MyKasih sepanjang tahun seperti biasa.
Bagaimanakah cara untuk semakan SARA 2025 dan check status bantuan one-off? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA: Semakan Ekasih 2024: Status Sara Bukan Ekasih (One-Off RM300/RM150)
APA ITU SARA ONE-OFF 2025
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off 2025 merupakan bantuan tunai tambahan yang disediakan oleh Kerajaan Madani, khusus untuk SEMUA penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4) yang BUKAN daripada kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
Kaedah penyaluran bantuan one-off ini adalah sama seperti STR. Bantuan akan disalurkan SECARA TUNAI, iaitu:
- Pengkreditan ke akaun bank penerima yang berdaftar.
- Penebusan tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk penerima tanpa akaun bank.
Penerima STR yang tergolong dalam kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih pula akan terus menerima bantuan SARA bulanan secara berterusan sepanjang tahun.
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA ONE-OFF 2025
Anda layak menerima Bantuan SARA One-Off 2025 jika memenuhi kriteria berikut:
- Lulus sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori: Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, atau Bujang.
- Bukan daripada kategori Miskin/Miskin Tegar eKasih.
TARIKH & KADAR BANTUAN SARA ONE-OFF 2025
Bantuan ini akan mula diagihkan secara berperingkat pada 9 Disember 2025 (Isnin). Semakan status kelayakan dan pembayaran boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MySTR bermula tarikh tersebut.
Kadar bantuan adalah seperti berikut:
Kategori Penerima STR (Bukan Miskin/Miskin Tegar eKasih) | Jumlah Bantuan (RM) |
---|---|
Isi Rumah (Ketua Keluarga) | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan / Bujang (60 Tahun Ke Atas) | RM150 |
Bujang (21 hingga 59 Tahun) | RM150 |
CARA SEMAK STATUS SARA ONE-OFF 2025
Ikuti panduan berikut untuk semak status SARA One-Off 2025:
- Layari Portal Rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan (12 digit tanpa sengkang).
- Klik butang Log Masuk.
- Sahkan Frasa Keselamatan, kemudian masukkan kata laluan.
- Klik Semakan Permohonan untuk melihat maklumat STR 2025.
- Tekan butang Maklumat Bayaran untuk semakan SARA One-Off 2025.
- Status Kredit dan jumlah (RM300 atau RM150) akan dipaparkan di bahagian SARA Bukan eKasih.
Sekiranya status adalah Berjaya Kredit, semak akaun bank berdaftar atau tuntut tunai di cawangan BSN terdekat.
PERMOHONAN BANTUAN SARA ONE-OFF 2025
Tiada permohonan diperlukan untuk Bantuan SARA One-Off 2025. Bantuan ini diberikan secara automatik kepada semua penerima STR 2025 yang memenuhi syarat kelayakan.
KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SARA ONE-OFF 2025
- Penerima dengan akaun bank aktif: Pengkreditan secara langsung ke akaun.
- Penerima tanpa akaun bank atau gagal kredit: Penebusan tunai di kaunter BSN.
MAKLUMAT LANJUT
Jika terdapat persoalan, sila hubungi Talian Bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566. Informasi ini bertujuan memudahkan pengguna yang memerlukan maklumat tentang bantuan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!