Sumbangan Asas Rahmah (SARA 2025) terus memberi impak positif kepada penerima terdahulu. Sehubungan itu, kerajaan memperluaskan lagi bantuan SARA bagi membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan, sekali gus meringankan beban kewangan golongan sasaran.
Ingin tahu cara semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan MyKasih 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus
TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Berikut merupakan tarikh Sumbangan Asas Rahmah bagi tahun 2025 :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Penerima Miskin dan Miskin Tegar | 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025 (12 bulan) |
Penerima Asas Bukan Miskin | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 (9 bulan) |
CARA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Kesemua penerima akan menerima Sumbangan Asas Rahmah adalah melalui cara seperti berikut :
PERKARA | CARA SUMBANGAN |
---|---|
Sumbangan Asas Rahmah | Dikreditkan terus secara tanpa tunai ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan |
KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan Asas Rahmah pada tahun ini disalurkan mengikut kelayakan seperti berikut :
- ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar | RM2,100 setahun |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin | RM900 setahun |
- WARGA EMAS :
KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar | RM1,650 setahun |
Warga Emas Asas Bukan Miskin | RM450 setahun |
- BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | KADAR SUMBANGAN ASAS RAHMAH |
---|---|
Bujang Miskin dan Miskin Tegar | RM600 setahun |
Bujang Asas Bukan Miskin | – |
SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Ikuti panduan semakan status sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
MANFAAT SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu
beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.