STR Tambahan 2025 Fasa 1: Semakan Nama Penerima Layak untuk RM2100, RM1200, RM900 & RM600

Kerajaan telah meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak 30%, bersamaan RM13 bilion, bagi membantu rakyat yang layak sepanjang tahun 2025. Tambahan ini termasuk bantuan tunai untuk pelbagai kategori kelayakan dengan jumlah maksimum sehingga RM2100.

Ingin tahu cara semakan nama penerima STR Tambahan Fasa 1 untuk tahun 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat penting di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

APA ITU STR TAMBAHAN 2025

Tambahan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan bertujuan untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya golongan rentan yang mudah terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

JUMLAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025

Setiap kategori peenrima akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan (SARA) yang berbeza seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
STR 2025
JUMLAH BAYARAN
STR TAMBAHAN
ISI RUMAH B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
eKasih : RM2,100
atau
Bukan eKasih : RM900
ISI RUMAH M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Bukan eKasih : RM900
WARGA EMASRM600eKasih : RM1,650
atau
Bukan eKasih : RM450
BUJANGRM600eKasih : RM600

*Nota : Jumlah di atas akan dibayar secara ansur berperingkat dan berfasa.

TARIKH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025 FASA 1

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berfasa mengikut empat (4) fasa dan pembayaran Bantuan STR Tambahan (SARA) pula adalah secara ansur setiap bulan seperti tarikh berikut :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Fasa 1 : 22 – 28 Januari 2025
2 : akan dimaklumkan
3 : akan dimaklumkan
4 : akan dimaklumkan
STR Tambahan (SARA)Penerima eKasih :
15 Januari 2025 sehingga Disember 2025
Penerima Bukan eKasih :
** April 2025 sehingga Disember 2025

CARA BAYARAN STR TAMBAHAN 2025

Cara pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan (SARA) adalah berbeza seperti berikut :

JENIS BANTUANCARA BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima
Atau
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
STR Tambahan (SARA)Dikreditkan ke dalam Kad Pengenalan
penerima untuk pembelian barangan
keperluan asas

SEMAKAN NAMA PENERIMA STR TAMBAHAN 2025 FASA 1

Untuk mengetahui nama anda sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran STR dan SARA Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.