Semakan STR Tambahan RM600 Tahun 2025: Cara Semak Status Kelayakan Penerima

Semakan STR Tambahan RM600 bagi tahun 2025 kini dibuka! Kerajaan terus komited menjaga kebajikan rakyat melalui pelbagai bantuan, termasuk sokongan tunai dan barangan keperluan asas yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan tambahan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan yang memerlukan.

Ingin tahu cara semakan kelayakan untuk STR Tambahan RM600? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk maklumat lanjut.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR

Bermula tahun 2025, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (2025) telah ditambahbaik dimana semua penerima STR yang berstatus LULUS akan secara automatik menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas MyKasih di pasaraya yang terpilih.

SYARAT LULUS SEMAKAN BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Berstatus kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih.

*Catatan: Individu yang memenuhi syarat dan kategori kelayakan di atas akan automatik menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih melalui MyKad.

JUMLAH TAMBAHAN BANTUAN STR

Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR (BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BERSTATUS eKasih)
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR (RM)

*JANUARI – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 2,100

RM100/RM200 SEBULAN
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 1,650

RM100/RM150 SEBULAN
Bujang
(Setiap Individu)
RM 600

RM50
SEBULAN
  • Kategori Penerima STR (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA
(BUKAN eKasih)
JUMLAH BANTUAN TAMBAHAN STR (RM)

*APRIL – DISEMBER
Isi rumah
(Ketua Keluarga)
RM 900

RM100 SEBULAN
Warga emas tiada pasangan
(Setiap Individu)
RM 450

RM50 SEBULAN
Bujang
(Setiap Individu)

SEMAKAN JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Jadual Pengagihan bantuan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima Bantuan STR
(BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih)
15 Januari 2025 (Rabu)
Penerima Bantuan STR Sahaja
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

CARA PENYALURAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Pengagihan adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di Seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

PORTAL SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN STR

Kaedah semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Di Portal Rasmi MyKasih; ATAU
  • Di Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  8. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara